WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, November 24, 2008

Visit to Istana Budaya (click here)

Hai...entri hari i nak citer sket bout Istana Budaya (IB)....Hari ni i ngn PTMC members seramai 10 org visit kt IB.. Actly ni kali kedua i join visit camni..Ermm klu ikutkan umah i mmg la dkt gler ngn IB ni, tp baru jer sekali g tengok teater kt sana..mmg best sgt2... Klu u all pergi tgk samada local or international teater mmg takkan mengecewakan..:)) hehe promot IB sket

OKla, lawatan kami disambut mesra oleh En. Shapee iaitu Penolong Pengarah (Pemasaran) Istana Budaya, dan beliau di tugas kan utk membawa kami 'meneroka' Istana Budaya hari ini.. Ok, i citer sket bout latarbelakang Istana Budaya (IB) ni ek. Pd 1994,dikenali sebagai Panggung Eksperimen dan tapak asal IB ialah di Jalan Tun Ismail sekarang tempat tersebut telah dijadi kan Akademi Seni Budaya dan Warisan atau ASWARA.. Pada 1995, wujud pula Panggung Negara iaitu di Jalan Tun Razak. Pada 15 Sept 1995 Tun Dr Mahathir telah merasmikan bangunan tersebut dan ditukar kepada nama Istana Negara. Perintis sturktur bangunan ini adalah En Mohammad Kamal Yaacob yg mengambil ilham dari Royal Albert Hall, tp telah di ilhamkan semula mengikut budaya dan pengaruh Melayu terutama nya seni ukir dari negeri Kelantan.

Fyi, terdapat 2 panggung utama di dalam IB, iaitu Panggung Sari (kapasiti 15,000 org dlm satu masa) dan Laman Sari (kapasiti 400 ord dlm satu masa). Paling menarik dan pasti tidak ramai yg tahu, harga sebuah kerusi di dalam Panggung Sari adalah RM 5000. Bayangkan la, berapa harga semua kerusi jika di kali dgn RM5000.. ermm... klu nk rasa duduk atas kerusi mahal, pergi la menonton di Istana Budaya..:D

Harga tiket utk setiap Teater atau persembahan di IB adalah bergantung kepada produksi-produksi yg menjalan kan teater atau persembahan tersebut. Apa yg menarik jg adalah, anda boleh berkunjung ke Istana Budaya, pd setiap hari Sabtu,pukul 8.30mlm di Laman Santai, kerana terdapat persembahan kebudayaan yg telah di sedia kan oleh pihak Istana Budaya, pada setiap malam minggu.. Masuk adalah percuma.

Aktiviti terbaru yg akan berlansung di Istana Budaya adalah Mamma Mia 17 DIs 08 - 1 Jan 09 dan Teater Muzikal Kanak-kanak 'SINBAD' bermula pada 2-13 Dis 08.

Teater yg baru saja berakhir adalah Teater Impak Maksima arahah dari Ahmad Idham. Kami berpeluang melihat beberapa 'prop' Teater Impak Maksima yg masih ada di Panggung Sari. Istana Budaya sebenarnya setanding dgn beberapa panggung Antarabangsa di beberapa negara lain, sistem audio yg canggih dan Dewan yg sangat moden dan cantik dengan pembiayaah sebanyak RM 210 juta, menjadi kan Istana Budaya antara Panggung yg paling dikenali di luar negara walau mungkin kita sebagai rakyat Malaysia kurang kenali apa itu Istana Budaya. Jadi jgn lepas kan peluang utk merasai pengalaman baru menonton di Istana Budaya kepada yg belum pernah menonton di Istana Budaya..




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here