WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram - Hari Asyura

Jom! sama2 kita melakukan kebaikan dan menambah 'bekalan'

Hey! kenapa taknak baca entry ni?? Ermm kalau pun kita tak dapat buat semua, sekurang2 nya kita baca ni, dan buat mana yg mampu ok...bukan ssh, senang je...jangan tinggal terus dari melakukannya... Tahun depan belum tentu kita dapat melakukannya lagi.....

*****************************************************************
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )


1. Melapangkan masa / belanja anak
, suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah

fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah

fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat

fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat
: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak

fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat
: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca

'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

fadhilat
- Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa

Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Insya'allah..


Tahniah!! dan terima kasih pada diri sendiri kerana telah membaca entry ini..
Semoga kita sama2 akan mendapat kebaikan dari apa yg kita lakukan..
Dan Semoga kita sama2 akan dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya sepanjang tahun ini dan tahun2 yg seterusnya...AMin....

***********************************************************************

Salam Sayang utk semua,

Ikhlas dari
NEDDY....

3 comments:

unknown said...

wahh byk nya kebaikan yer d bln muharam...

#nmpk sgt yg aku ni jahil
huaa sedey aku kna byk menuntut mcm ni

attyfir said...

ingat nak pose..tp keadaan tak mengizinkan lak.

Miss Neddy said...

k-A!R-yL >takpe2 kita sama2 igt mengingati k.. Neddy pun byk lagi tak tau..


Atty > tak pe atty, selain berpuasa, byk lagi benda lain blh kita buat pada hari ni..
-usap kepala ank yatim
-beri makan kepada org berpuasa
-bercelak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here