WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Tuesday, February 17, 2009

It feel just nice to love and be loved



Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu…Jangan jadi terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya….

P/s : seseorang yg membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tetentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih… Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

P/s : Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

p/s : Hargai org yang menyayangi kamu. Bukan mudah mencari orang yang menyayangi kita. Yang paling berharga ialah hati yg ikhlas.



Penyelesalan terbesar dalam hidup kita adalah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kadua.

p/s : Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada siapa pun yang tahu apakah yang membuatkan anda betul-betul bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata menyapa air mata yang satu lagi, " Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. siapa kamu?" Jawab titis air mata kedua " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

P/s : Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorg yg hampir mati menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.




Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebuatir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada.

p/s :Bahagian 1: Org yg besama anda ketika ini mungkin bukanlah org yg benar2 anda sayangi.

Bahagian 2 : Terdapat org yg tau dia tidak dpt bersama kemu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika diberikan kepada org yg bertuah.

p/s : Jika anda bertemu seseorg yg benar2 menghargai anda maka dia berhak mendapat kasih anda.


With love,

~~Neddy~~

6 comments:

Ms Haslina said...

zaman bercinta mmg syokkkk sgt...semoga jodoh Neddy kekal ke jinjang pelamin...amin..

Miss Neddy said...

ehehe...kak, ni bkn utk neddy jerk..tp tuk semua...tak semua zaman bercinta tu indah kak..eheh..

apa pun thanx akak... semoga akak cepat sembuh.

attyfir said...

cun ar aweks tuh

ezzati said...

rasa sedih pulak tetiba...
huhu..

sentosa77 said...

perghh... ayat-ayat cinta, best entry nih.. : ), blog baru dah siap jemputla datang.

Miss Neddy said...

Atty : ehehe..upss awek mane tuh???

Ezzati : nape nih ?? nape sedih? erm tp tk neddy nafi kan, ada ayat2 yg buat neddy sedih gaks :)

Zaid : OKies2 neddy dah visit ur new blog.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here