Kesibukkan...Kesedihan...Kerisauan
M E L A N D A...
1 - 7 April
Sepanjang minggu pertama APRIL hati sgt gundah gulana.
Sibuk uruskan mengenai peperisaan Pelajar
Tourist Guide di Office.
Final exam mereka pun sudah hampir tiba.
Caiyo2... all..
Dalam dok sibuk urus kan pasal peperiksaan pelajar di PERFECT TOURISM
tiba-tiba dapat news dari Mama yang Papa tak sihat.
*SEDIH*
Amat-amat berharap dan berdoa agar Papa dapat kembali sembuh seperti sediakala.
Sentiasa berdoa agar Papa tabah menghadapi dugaan ini.
Semoga Papa dapat lakukan aktiviti kesukaan beliau seperti sediakala
Semoga Papa dapat tersenyum riang bersama anak2 cucu seperti sebelum2 ini.
Walaupun ada garis senyum dibibir papa (diketika ini)
tapi kami dapat rasai apa yang
ada dalam hati Papa.
PAPA ~ L.O.V.E
Jangan risau Papa, kami akan sentiasa disisi Papa
Kami akan pastikan Papa sentiasa gembira, bahagia.
Semua ini adalah ujian dariNya kepada hamba yang Dia sayang.
Papa & Mama adalah penguat semangat kami 8 beradik
Harap kami juga dapat jadi penguat semangat buat Papa & Mama.
Ketika hati tidak tenang dan gundah gulana,
saya perlu siapkan 3 proposal dalam masa 5 hari. Tiap2 masa my Mr Bos tanya progress proposal. Tension yang amat.
Terpaksa kawal emosi dan fikiran utk siapkan semua kerja-kerja di pejabat.
proposal - DONE - on time
Alhamdulillah..
Hari ini 7hb, terpaksa bertungkus lumus siapkan
Assignment (UPM). Assignment ni perlu dihantar pada 13hb minggu depan.
Next week (11hb) insyaAllah akan pulang ke pangkuan family
utk beri semangat pada Papa tersayang.
Assignment....
Help me ya Allah..
~ Thank u to my Staff Nabihah di atas commitment yang diberikan sepanjang minggu yang penuh huru hara ni... Dalam keadaan emosi tak berapa nak stabil ni, dia banyak tolong utk melancarkan urusan di office. Hanya Allah yang dapat membalas segala2 nya. ~
Allah Knows Best.
L.O.V.E
1 comment:
wahhhh!! bz nye die...neway, semoga ayah awak sihat...suda follow...sudi2 laa follow me back~ ;)
Post a Comment