WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Thursday, October 25, 2012

Dejavu D' Kinabalu

Semalam (24 Okt 2012) my niece Adik Ct Nadya datang KL. Pick up dia di Bas Station Pekeliling dalam pukul 1.00 tengahari, then bawa dia kt my office dulu. Lunch together2 with MRK. Buat keje macam lipas kudung sebab nak make sure siap sebelum pukul 6.30petang. Otw balik kerumah jalan jem yang amat kt Jalan DUKE. Semua orang rushing balik rumah sebab nak balik kampung kot. 

Oh tahun ni saya belum berkesempatan utk balik ke kampung halaman tercinta untuk meraikan Hari Raya Qorban dgn Mama + Papa. InsyaAllah, tahun depan balik. Sebenarnya dah bertahun jugak la saya tak balik sambut Aidiladha kt kampung memandangkan ada family member yang lain turut beraya di sini.. Yang pasti menu dipagi raya yang dimasak oleh Kak Nor tidak kurang hebatnya berbanding menu di kampung. Cuma suasana raya tidak terasa sangat dan tak dapat makan daging Qurban yang fresh la dan tanpa Mama + Papa tersayang buatkan hati kesayuan sikit bila dengan Takbir Raya... (^_^)

After maghrib keluar dinner dengan my sister Anggerek dan my niece Adik Ct Nadya. After dinner, bermula la acara packing barang-barang dan sesi update check list untuk ke Negeri Di Bawah Bayu pada 26 Okt 2012 nanti..... Perancangan on the spot yang tak pernah kami buat..... Nasib kami baik sebab masa tengah berborak-borak dan tercetus idea untuk ber-holiday ke Negeri Sabah, kebetulan masa tu harga tiket Air Asia sangat murah. Kami ambil pakej Air Asia Go siap dengan hotel. Alhamdulillah, rezeki kami. Saya akan pergi berempat.. My sister Anggerek, my nieces Along Aina dan Adik Ct Nadya... Rasanya badan je yang ada kt semenanjung sekarang ni, jiwa dan raga dah berada di Negeri Di Bawah Bayu dah... 

Tetiba excited nak belajar cakap bahasa Sabah... Ada sorang lecturer kt PTMC ni kawen dengan orang Sabah, so dia pandai la bahasa Sabah, sempat la jugak blajar-blajar dengan dia 2-3 patah perkataan Sabah.... Hehehe.. tp Slang memang failed la. Mcmana la ore kelate nak kecek Sabah bahhh...

Kat bawah ni contoh-contoh bahasa Sabah yang sempat belajar.

 bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* lilipan - lipan
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* poncit - pancit
* semberana - sengaja
* sikang - sudu
* sigup - rokok
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* bubut - kejar
* palui - bodoh
* sot - gila
* ngam-ngam - sesuai
* silaka - Celaka
* mem - ibu
* bos - bapa
* jambu - jelita
* mangkali - berangkali
* diorang - mereka






Sejarah Bendera Negeri Sabah


Hope kenangan bercuti di Sabah akan memberikan seribu pengalaman yang bermakna untuk saya dan family. Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya ke Sabah, so banyak perkara yang saya nak cuba. Tapi aktiviti di pulau, makanan laut dan shopping adalah aktiviti wajib kami bila tiba disana...
Nampaknya untuk tahun ini kami BER-DEJAVU D' KINABALU la pulak.. (^_^)

Salam Aidiladha 1433 untuk semua umat ISLAM...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here