Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Semalam tirai 2012 baru sahaja melabuhkan tirai tanda berakhirnya tahun 2012. Bermula sudah tahun baru 2013. Pada 1 Muharram yang lepas baru sahaja memperbaharui azam. Namun tidak salah rasanya untuk kita memperbaharui azam kita sekali lagi untuk tahun masihi 2013. Kerana setiap hari akan ada perubahan-demi-perubahan dalam hidup kita dan semua nya telah di tentukan oleh Yang Maha Esa.
Sepanjang 2012 tidak banyak dugaan yang melanda diri ini. Atau mungkin pengalaman pada tahun-tahun lepas menjadikan saya seorang yang lebih kuat untuk tahun 2012. Namun, yang pastinya tahun 2012 lebih banyak yang MANIS-TERSANGAT MANIS SEBENARNYA daripada yang PAHIT. Mungkin HAMPIR tiada yang PAHIT langsung untuk tahun 2012...Kecuali saat getir ketika papa sakit dan abang ipar saya sakit pada tahun 2012 dan mereka semakin sembuh (^_^) Alhamdulillah.....Harapan untuk tahun ini (2013) juga semoga Dia terus memberikan kekuatan kepada saya dan keluarga untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang telah disusun oleh Nya.
Pada tahun 2012, seperti tahun-tahun lepas banyak pengalaman baru (dari segi karier) yang saya dapat. Dalam masa yang sama, saya dapat teman sekerja yang baru (Nabihah & Ika) yang sangat 'gila' kerja dan sangat-sangat menyenangkan hati saya. Alhamdulillah.. Rasanya tak perlu bercerita panjang lebar tentang mereka kerana telah ada beberapa entry yang saya coretkan mengenai keperibadian keduanya yang sangat menyenangkan hati saya.
Kegembiraan - 2012
'MY BABY" semakin 'MATANG'....... Alhamdulillah. bukan senang untuk mempunyai keyakinan untuk memlikinya dan menjaganya sehingga ke saat ini. Kini sudah mampu menarik nafas melihat prestasinya. Mendapat ILHAM dari Nya untuk menempatkan MyBaby disatu tempat yang lebih sesuai untuk nya membesar. Alhamdulillah. InsyaAllah.
KAWAN BARU - Mendapat rakan sekerja yang sangat-sangat rajin dan komited bekerja. Terima kasih Ya Allah kerana memberi 'pinjam' mereka untuk bekerja bersama saya sepanjang tahun 2012. Biha & Ika they always make my day.
ALONG TASHA - Berjaya dengan cemerlang didalam SPM dan berjaya memasuki Matrik di UPM. Alhamdulillah..
MAJLIS MENYAMBUT MENANTU - Majlis menyambut menantu Emi & Aina pada 17 Mac 2012. Sangat excited meraikan kedatangan Aina ke dalam keluarga kami. Alhamdulillah, Allah menganugerahkan CUCU-MENANTU PEREMPUAN PERTAMA (untuk Mama) yang sentiasa beserdahana didalam segala hal.
BABY HANNAN - Kehadiran Cucunda pertama dan Cicit sulung Papa & Mama pada tahun 2012 memberikan sinar baru dalam keluarga kami. 30 Julai 2012.
ABE FARIS - Bertunang dengan gadis pilihan hatinya Siti Nur Aishah dengan restu seluruh keluarga tercinta pada 22 Ogos 2012. InsyAllah, majlis akad nikah akan diadakan pada CNY 2013. Pray Hard. Abe juga telah berjaya menamatkan pengajian nya di PUSRAWI pada penghujung tahun ini dan berjaya dengan cemerlang. Alhamdulillah.
EMI - Berjaya menamatkan pengajiannya di UIA dan bakal membawa gelaran Dr Fahmi. Sekarang sedang membuat housemanship di Hospital Kuala Terengganu. 16 Oktober 2012.
ADIK CT - Berjaya menamatkan Degree nya di UiTM pada 28 November 2012 Bakal melanjutkan pelajaran nya ke peringkat Master pada tahun 2013. InsyaAllah. Pray Hard.
TERATAK Mama&Papa - Baru sahaja selesai diubahsuai dan diperbaiki mana yang sudah tidak elok. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kakak-kakak ku Kak Ros, Kak La & Kak Nor yang banyak menyumbang untuk memastikan teratak Mama&Papa makin berseri.
BER-HOLIDAY - Dalam kesibukan yang amat diberi peluang oleh Nya untuk bercuti di BORNEO.. Pengalaman yang takkan mampu saya lupakan. Ok bah klau kau... Encik Muhibah is the best!
ADIK FIFI - Penutup kegembiraan seluruh keluarga tercinta apabila mendapat A untuk semua subjek dalam PMR. Tahniah Adik Fifi yang cantik. :)
PAPA - MAMA - Diberi kesempatan olehNya untuk pulang dan meluangkan masa dengan Papa&Mama dipenghujung tahun 2012. Alhamdulillah. Rasanya tahun 2012 ni adalah tahun yang paling kerap saya pulang ke kampung sejak 6 tahun kebelakangan ini. Azam tahun depan - ingin pulang ke kampung sekerap yang boleh. InsyaAllah.
PAPA - MAMA - Diberi kesempatan olehNya untuk pulang dan meluangkan masa dengan Papa&Mama dipenghujung tahun 2012. Alhamdulillah. Rasanya tahun 2012 ni adalah tahun yang paling kerap saya pulang ke kampung sejak 6 tahun kebelakangan ini. Azam tahun depan - ingin pulang ke kampung sekerap yang boleh. InsyaAllah.
STUDY-UPM - Tamat Semester 6 dengan jaya nya... Tinggal lagi 2 semester.. InsyaAllah... PRAY HARD......RAJIN USAHA TANGGA KEJAYAAN.
TENTANG DIA - Hanya Allah yang Maha Mengetahui arah tujuan kami berdua. Hanya mampu berusaha mempertahankan dan menjaga hubungan yang semakin baik ini sehinga ke satu masa yang telah ditetapkan olehNya untuk bersatu. Jika dia yang Allah jadikan untuk jadi peneman hidup saya, saya terima dengan harapan kami dapat sama-sama mengikut perintahNya hingga ke akhir hayat. Jika bukan dia yang Allah cipta kan untuk saya, saya akan tetap terima dengan sepenuh hati. (^_^) InsyaAllah. Allah knows best!
Mungkin ada lagi kegembiraan-kegembiraan lain yang tidak tercatat disini. Kerana terlalu banyak kegembiraan yang berlaku sepanjang tahun 2012. Namun apa yang penting sepanjang tahun 2012, saya mampu jadi diri sendiri dan mengabaikan semua perkara yang kurang menyenangkan dengan berpendirian teguh-makin-teguhdan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi tanpa menoleh kebelakang lagi. Namun sesekali saya akan tetap menoleh kebelakang untuk memastikan saya tidak sesat kejalan yang salah.
EVERY END IS A NEW BEGINNING
YES, 2013 IS GOING TO BE BETTER.
INSYAALLAH!
2013 is going to be HIJRAH year for me. InsyaAllah.
He's Knows Best.
No comments:
Post a Comment