WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Tuesday, September 9, 2014

Kebahagiaan Air Mata Syurga (Falisha Salsabila)


FALISHA SALSABILA - Kebahagiaan Air Mata Syurga..


Falisha adalah anak kedua kepada anak saudara saya (Mohd Fahmi) dan adik kepada Farhah Hannan. Dilahirkan pada 6 Februari 2014.

Walaupun family memanggil Falisha dengan nama timangan Bella, tapi saya sejujurnya lebih suka memanggil baby comel ni dengan nama Falisha.

Sifat Falisha agak pendiam, baik dan suka tersenyum. Kecik-kecik dah pandai senyum depan camera. ^_^.

Falisha adalah Cucu sedara saya yang kedua selepas Hannan dan juga Cicit kedua juga untuk Papa dan Mama. Sekali lagi hati ni sangat tersentuh tiap kali melihat Papa dan Mama bersama Falisha dan Hannan. Kerana dalam usia mereka yang sudah menginjak senja, mereka berpeluang memangku dan bermanja dengan DUA ORANG CICIT mereka.

Sekurang-kurangnya, dengan kehadiran Hannan dan Falisha, saya dapat tumpang rasa dan melihat perasaan dan gelagat moyang saya sekiranya berpeluang berjumpa dengan mereka dulu. ^_^

Seumur hidup saya, saya tak berpeluang berjumpa dengan moyang dan Nenek (sebelah Mama) hanya berpeluang bermanja sehingga umur 9 tahun dan Atuk (sebelah Mama) sehingga umur 10 tahun sahaja. Alhamdulillah. Nenek dan Atuk disebelah Papa memang tak sempat bermesra dan bermanja. ^_^

Tak dapat digambarkan kegembiraan seluruh keluarga dengan kehadiran Falisha yang comel dan manja ni. Hannan pun makin matang sebagai seorang kakak.











Nanny Nad sayang Falisha dan Kak Hannan.


Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan Mu untuk kami dengan kelahiran keturunan keluarga kami. Elok dari segala segi. Jadikahlah keturunan kami Soleh dan Solehah. Amin...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here