WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, April 9, 2012

Ikhlas dan Jujur... Susah kannn... tp boleh kalau usaha..

KEIKHLASAN dan KEJUJURAN
09 April 2012
Ikhlas sangat sukar untuk dinilai
dilihat dan dirasai
Ia ibaratkan seperti
'semut hitam diatas batu hitam pada waktu malam yg gelap'
SUKAR utk diLIHAT kan..

Hanya kita yang mampu merasa adakah kita ikhlas atau tidak.
Dan yang sebetul2 nya yang mampu menilai keikhlasan ini hanyalah Dia.Pencipta.
Kadang-kadang kita tak sedar, bila melakukan sesuatu perkara tanpa keikhlasan, usaha kita itu tidak akan berhasil.
Maybe sometimes kita rasa kita dah cukup berusaha. Malah sudah puas berusaha, tapi kejayaan dan rezeki tak pernah berpihak pada kita. Sama juga masa kita belajar, ikhlas ke kita menimba ilmu, ikhlas ke kita menghormati guru-guru kita. Bila difikir balik, ada masanya kita melakukan semua perkara itu dalam keadaan terpaksa.

Saya selalu ingat, my parents selalu pesan, kalau kerja kena ada keikhlasan dan kejujuran. Dan itulah yang saya pegang sehingga sekarang.. KEJUJURAN dan KEIKHLASAN. Walaupun saya sendiri kadang-kadang tidak dapat menilai sejauh mana keikhlasan saya dalam menjalankan tugas sebagai seorang yang 'makan gaji', tapi saya akan betul2 pastikan yang saya JUJUR dengan MASA bekerja saya.

Bijak pandai ada berkata, "MENCURI" dalam MENCARI REZEKI sama la juga kesan nya dengan mendapatkan hasil yang tidak berkat dan tidak 'halal'. Rezeki yang tidak halal pula tidak semestinya dengan mencuri, merompak atau menjual dadah. Jika kita tidak melaksanakan tangungjawab yang sepatutnya, dan melepaskan t/jawab yang diamanahkan kepada orang lain juga boleh dikira sebagai mendapat HASIL/GAJI yang tidak diberkati dan tidak halal. Kerana kita tidak layak mendapat wang itu sebagai upah. Waktu bekerja 8 t0 5. Tapi boleh tak kita betul2 YAKIN menyatakan yang kita memang betul2 melakukan kerja seperti yang diamanahkan kepada kita sepanjang waktu tersebut. Adakah kita dengan YAKIN boleh mengatakan bahawa kita tidak MENCURI dalam mencari rezeki???? Jika kita merasakan tidak YAKIN, jangan kita mengambil HASIL/UPAH yang penuh, kerana Hasil/Upah tersebut bukan kepunyaan kita. Ia adalah kepunyaan orang-orang yang benar2 melakukan kerja dan menjalankan tangungjawab mereka. Orang2 yang menyelesaikan kerja2 kita yang tidak kita selesaikan..

Oh Ya Allah....Bila direnung-renungkan, betul apa yg dikatakan.....Mungkin ramai yg pandang ringan dengan perkara-perkara sebegini. Duit / gaji / hasil tersebut diberi makan kepada anak-anak/isteri dan keluarga.. Sedangkan semua hasil itu tidak diberkati dan bukan milik kita. Nauzubillahiminzalik...

Bukan senang untuk benar-benar ikhlas melaksanakan t/jawab bila ada ketikanya kita merasakan dipergunakan oleh orang-orang tertentu. Melakukan perkara-perkara yang bukan dipertanggungjawabkan utk kita. Mendapat hasil yang tidak setimpat dgn usaha dan pengorbanan yang dicurahkan Tapi hati ini masih kuat mengatakan bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dunia ini bulat, biar saja lah Dia yang membalas diatas perbuatan mereka. Sebagai hambaNya, hanya mampu berdoa dan melakukan segala suruhanNya sesempurna yang boleh. Mengambil semua perkara negatif sebagai cabaran dan jalan untuk menjadi lebih kuat.

Semua orang ada dugaan dan masalah masing-masing, tetapi untuk menentukan seseorg itu bijak, kuat dan tabah adalah, bagaimana cara mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah mereka. Saya sendiri sebagai seorang manusia kerdil, melihat dugaan-dugaan dan pengalaman hidup kakak-kakak dan adik sebagai pedoman untuk saya sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup dan sentiasa berada dilandasan yang betul.

Kakak-kakak saya mempunyai ramai anak, tapi mereka boleh berjaya sebagai ibu dan sebagai seorang pekerja. Malah semua kakak2 saya adalah pekerja cemerlang didalam bidang masing-masing. Tidak salah saya memuji kakak-kakak sendiri kan, sebab semua ini adalah kenyataan. Semua pengalaman mereka saya kutip dan jadikan azimat utk saya. Tiada ALASAN untuk kita berjaya dan menjalankan tanggungjawab dengan sejujur-jujurnya..bagi mendapatkan gaji yang sebetul-betulnya HALAL. Adik saya sendiri, walau susah dan payah beliau menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya, namun setakat ini dia sangat berdedikasi dan tabah menghadapi dugaan, tiada istilah ponteng dan mengambil kesempatan dalam diri dia, walaupun saya tau sangat sukar untuk dia pergi bekerja dalam masa yang sama anak-anaknya memerlukan perhatian penuh dari dia.

Anugerah "TERIMA KASIH" perlu dikalungkan kepada parents kami kerana mendidik dan menanam segala rasa t/jawab, kejujuran dan keikhlasan sejak dari kecil (sehingga sekarang) dalam setiap perkara yang dilakukan..


Masih terlalu banyak kekurangan dalam diri ini
Masih terlalu rapuh hati ini dalam menghadapi dugaan hidup
Masih terlalu jauh untuk mencapai kejayaan sebenar
Masih terlalu hijau untuk bercerita mengenai pengalaman hidup
Namun saya sedaya upaya ingin menjadi yang terbaik dalam segala perkara
dan yang penting mendapatkan hasil yang HALAL untuk diri ini dan keluarga.

Terima kasih diatas segala dugaan
Terima kasih diatas segala kata-kata tidak enak
Terima kasih diatas segala kepayahan
Kerana semua itu membuatkan diri ini lebih matang
hati ini lebih kuat, jiwa ini lebih kental dan iman ini lebih kukuh.

L.O.V.E

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here