WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, April 29, 2009

April yang busy and stress.....

Hai all...

Lama sudah tak ketemu di blog ni kan.. Ok2, sori amat sebab tak sempat pun nk update ceritera tentang hidup ini sepanjang bulan April ini.. Huh! biar neddy lepas kan lelah yg bersisa ni dulu okeh!..

Ok, sepanjang bulan ni, mmg hari2 yg sangat memenatkan mental dan fizikal neddy. Terlalu byk perkara yg perlu difikirkan. Kerja & personal life... Kadang2 Neddy rasa just nak biarkan semuanya begitu aja.. Biarlah, apa nak jadi pun jadi lah.. Malas nak buat apa2 dan fikir apa2 lagi.. Tp mana boleh kan.. Neddy kena KUAT..

APRIL... Ada hari2 yg paling menggembirakan.. Ada juga hari yg paling menyakitkan dan menyedihkan.. Lumrah hidup. Rasa macam nak STOP ia disitu, pada hari itu juga.. Tapi mana mungkin Neddy buat begitu. Byk perkara perlu difikirkan sebelum buat sesuatu perkara. Neddy bukan budak2 hingusan lagi yang sering lari dari menghadapi masalah. Walau seteruk mana dan sesakit mana pun dugaan tu, Neddy kena tempuh juga kan. Neddy juga bukan lagi remaja yg boleh lepas kan tanggunjawab begitu aja.. Neddy udah dewasa, August ni dah masuk 25 thn. Ah! dah suku abad pun bernafas kt dunia ni rupanya. So, Neddy tak boleh main2, tak boleh buat sesuka hati, kalau gagal cuba lagi, tak boleh menangis.. Kalau jatuh, kena cepat2 bangun, jgn tunggu org tarik baru berdiri. Kalau berjaya, tak blh lupa org lain, kena selalu beringat, dunia ni bulat. Bila kita di atas, kita akan berada di bwh jg satu hari nanti.

Bulan APRIL ni, byk menuntut kesabaran dlm hidup Neddy. Kerja.. personal... Skrg, masuk keje dah tak pernah lagi pukul 9.30am. Paling awal pun blh sampai office pukul 10.00am. Bukan Neddy sesuka hati je nk lambat2 ke Office. Tp skrg office Neddy jauh ckit dari rumah. Kalau dulu, dari rumah neddy naik LRT STAR 7 minit dh sampai. So, sblm 9.30am dh blh sampai office. Tp skrg ni, turun pukul 8 pun, belum tentu lagi sampai office pukul 10.30. Sebab Neddy dah kena naik bas. Penat sgt, kena tukar2 bas, LRT lagi. Kalau blk dari office, ok la sikit kalau Mr Khairul ada, dia blh hantar blk umah, klu tak kena la jgk tunggu bas. Tapi tak pe la, semua tu antara dugaan untuk Neddy kan!.. semua org ada 'kesusahan' masing2 cuma cara kita menerima dan menghadapinya aja yg berbeza.

Bulan ApriL ni juga byk projek2 dan Program2 yg Neddy n staff Perfect Tourism rancangkan, berjaya dengan cemerlangnya. Kami sgt2 happy dengan perkembangan sekarang. Walaupun ada juga halangan2 yg terpaksa kami tempuh sepanjang program tu, tp semua tu tak mematah kan semangat kami utk teruskan juga perancangan yg kami buat. Walaupun kadang2 Neddy kerja tak tentu masa, selalu kena balik dari office lambat, kerja dlm keadaan stress , tp sekurang2 nya Neddy berusaha. Tak kira la hasilnya nanti macamana. Kitaorg sll ckp to each other.. "Ermm, belum cuba, belum tau.. SO lets do it " .. lepas tu semua berkobar2 nak buat keje.. hehehe...

BUlan APRIL, bulan paling byk Neddy g tgk wayang. Huh! stress punya pasal ke? iyala kot. Kdg tgk ramai2.. kadang tgk dengan Mr Khairul aje.


Mei dh tiba.... byk kerja sedang menanti...... caiyo' caiyo'...


Tuesday, April 28, 2009

Bila Kesengalan Melanda........



Okeh! perkara-perkara dan gambar2 dibawah ini terjadi dan terhasil bila ke'tension'an + ke'stress'an + kesengalan dan kebosanan melanda......... So terhasil la pict2 yg tak patut ada dipasaran...

~~~ Bila Manager Naik Gilerrrrrr~~~











SEkian TeriMa KaSIh....................

Wednesday, April 22, 2009

Yes, I Know!

Ye.. ye...saya tau...
Yes i know.
Saya sudah lama tak hantar kamu berita
atau cerita... sorry ok..
Bukan tak sudi, bukan malas atau merajuk.. Tp busy
skrg sgt bz, no time to update my blog.
huhuhuhu..... help me please!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 10, 2009

P.E.R.U.B.A.H.A.N.......In our LiFE.. LiFE is NOT easy as U THINK !!!!!

Salam.. Hai ...


Erm 2hb lepas tamat la sudah tugas dan tanggungjawab Pak Lah sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia Ke-5. Apapun yg Pak Lah lakukan adalah untuk kebaikan Malaysia. Seperti biasa, setiap pemimpin akan dikritik dan pasti ada terlebih dan terkurang dalam menjalankan tanggungjwab sebagai PM. Bukan senang nk jadi PM dan bukan senang nk jalankan tanggungjawab sbg PM okeh.. Pak Lah telah menjalankan tanggungjawabnya selama 5 Tahun, 5 bulan dan 3 Hari. Pak Lah mula menyandang jawatan no 1 negara sejak 31 Okt 2003 dan berakhir pada 2 April 2009. Walau apapun pandangan rakyat pd Pak Lah, walau apa pun yg telah dilaksanakan dan di lakukan oleh Pak Lah pd negara dan tak kira walau berapa lama pun Pak Lah menjadi PM Malaysia, nama dia tetap 'terukir' sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-5 sampai bila2. Kita sebagai rakyat, ptt berterima kasih kepada Pak Lah. Semoga pengganti Pak Lah iaitu Datuk Seri Najib dan Timbalan nya Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melaksanakan tugas mereka dgn ikhlas. Semalam 9April2009 terbentuknya Pentadbiran Baru Malaysia 2009.

******@@@@@@@@*******

Ok la, pada hari yg sama peralihan kuasa berlaku pada negara Malaysia, turut berlaku peralihan Tugas dalam company Neddy. My big bos aka ibu telah menyerah kan tugas nya kepada her son sebagai pengurus PERFECT TOURISM. Dengan itu, kami (neddy, barriyah & mr new bos) akan berganding bahu untuk memajukan company ni dengan jaya nya. Meeting utk pembahagian tugas telah diadakan pada 7 April 2009. Ok, seperti biasa tugas Neddy adalah deal dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia. Maknanya, semua perkara yg berkaitan dengan Kementerian, Neddy yg akan uruskan. Owh tugas ni sgt2 la mencabar, coz org gov ni sgt2 la bz dan sgt2 la ssh utk contact diorg okeh!

Ermm Ok la, fyi Neddy paling senior diantara kami, so skrg Neddy kena pastikan diorg faham dgn 'perjalanan' company ni. Sekarang juga office hour Neddy sudah berubah, dh tak menentu. Kdg dtg lewat, blk lewat.. kdg datang awal pun,terpaksa blk lewat juga. Sebenarnya, mmg ktorg yg minta ibu utk berehat, mungkin sudah tiba masanya untuk ktorg pula berusaha utk masa depan bersama. Pastinya, ayahlah org yg paling happy bila ibu mula 'bersantai' dirumah. Ok ayah, ibu is totally yours rite now. Ktorg tak ganggu centa hati kesayangan ayah lagi okey.. :) wink! wink!...

Ok la Mr New bos tu ada la Mr Khairul, Barriyah adalah adik Mr Khairul. So u all sure blh agak kan siapa Ibu tu dgn Neddy. (Sape2 yg sll follow blog ni, sure tau sape Mr Khairul ngn Neddy) Sekarang ktorg mmg kena bekerja keras, kerana everything about diz company is our responsible. Turun ke, naik ke company ni adalah atas hasil usaha kami.Neddy pun dh kerja di company ni sejak 2006 lagi, masa tu tak kenal pun Mr Khairul ni., juz tau nama je. Neddymula rapat dgn Mr Khairul pun sejak dia involved dgn company ni sejak end of 2007. Ktorg 'kawan' pun tak sape tau, even ibu sendiri pun tak syak apa2 memula, tp instinct ibu ni mmg tak blh nk nafi kan la.. At last, ibu tau gak. Tp time 'kawan' tu, Neddy takde niat nk serius lagi pun. Bila dh bgtau ngn my family sume, baru fikir nk serius, sbb dh dpt restu. Ehehe.

Ok2, b'balik bout company. Sekarang, ktorg dh tak blh main2. Semua dh kena serius. Dulu tak rasa sgt tanggungjawab kt bahu nih, tp skrg dh mula rasa berat nya tanggungjawab ni. Mungkin antara kami 3 org ni, Mr Khairul la yg paling terasa. Walaupun byk kerja Neddy n Barriyah yg laksanakan, tp setiap perancangan, Mr Khairul yg kena buat dan luluskan. Tambahan lagi, bukan ni je yg dia nk kena handle, ada lagi satu 'our big project' nk kena settlekan dan laksanakan. U all tolong doakan semoga semuanya akan berjaya ok.. Bila 'our big project' tu dah mula kan operasinya, Neddy akan announce kt cni k. Skrg ni kt office bila waktu kerja jer senyap sunyi. Yg dgr keyboard, telefon, faks n printer jerk.. Sume buat keje mcm tak ingat dunia. Hahaha. aku mula perasan bila sume dh sign peralihan tugas tu. Or maybe sume tak byk ckp coz mcm2 dlm otak nk kena fikirkan. (company & personal) Apapun, kami bertiga sahut cabaran ni dengan harapan agar apa yg kami lakukan ini akan dipermudahkan oleh Nya dan mendapat keredhaan dari Nya.


*******************************************************


Special thanx utk ibu, diatas segala tunjuk ajar pd Dya selama Dya bekerja dgn ibu. Since 2006 until April 2009, kita sama2 bangunkan company ni. Sama2 susah dan senang. Thanx juga kerana sentiasa menjadi seorg bos yg sangat memahami. Segala kekurangan Dya sebagai staff ibu, harap dimaafkan. Terima kasih jg diatas segala peluang yg telah ibu berikan pd Dya sepanjang Dya bekerja di Perfect tourism. Selama hampir 3 thn dya bekerja dibawah bumbung yg sama dengan ibu, hari pertama ibu mula 'berehat' Dya akui terasa sedikit 'kehilangan' dan 'janggal'. Apapun, Dya tetap ambil tanggungjawab yg ibu serahkan pada Dya demi masa depan Dya. Last but not least, terima kasih kerana sentiasa percayakan kebolehan Dya utk uruskan Perfect Tourism selama 2 thn lepas. Doakan Dya kuat hadapi dugaan mendatang dan doakan juga semoga Dya lebih berjaya.

Utk Abg (Mr khairul) dan Adik (Barriyah), semoga kita dapat bekerjasama dan lebih saling memahami antara satu sama lain. Jika Dya tersilap harap ditegur dan dimaafkan. Mungkin Dya senior di company ini, tp u all lagi 'senior' dari Dya kan. Hehehe....So, sure la kan u all lagi byk pengalaman dari Dya. :) hehe... Ok la, awal2 lagi Dya nk say thanx kt u all atas semua perkara ok. Dya syg u all okeh!


***************************************************

Wif Barriyah

Wif Mr Khairul


Okey2... kwn2 blogger Neddy, and semua la yg baca entry ni.. tolong doakan Neddy berjaya k. Neddy dokan juga semoga u all berjaya dalam apa jua yg dilakukan. Neddy sayang kamu jugaa!!!!


Lots Of luv.
Miss Neddy.


Ting Tong!!! Tag Again

Tag from my nice Aina ~ si mata cantek~


1.Bekas kekasih saya adalah :
:: Upss. John Deep..

2.Saya sedang mendengar :
:: jejari mengetuk keyboard

3.Mungkin saya patut :
:: Lebih bersabar dgn si dia.

4.Saya suka :
:: fashion, make up, photograph

5.Sahabat-sahabat baik saya :
:: Nor Zatil Aqmar Zakaria , Ismazila Ismail, (ramai lagi arr)

6.Saya tak paham :
:: kenapa saya tak happy sekarang??!!!!!

7.Saya kehilangan :
:: mood utk berbual, tersenyum, dan melawak!! (sy mmg tak pandai melawak pun)

8.Ramai yang berkata :
:: im unpredictable person...

9.Makna nama saya :
:: Nadia - Kebaikan Hanum- Kelembutan

10.Cinta itu adalah:
:: " Bila kita bersedia menerima cinta, maknanya kita bersedia 'disakiti' "
sape kate CINTA tu happy jer ek???

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: amuk !!!!

12.Saya akan cuba :
:: cari duit banyak2... lalala

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: forever (tiru along punyer)

14.Telefon bimbit saya :
:: nyawa saya.. sbb menghubungkan sy dgn family, sidia n frens.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
:: Alhamdulillah, bernyawa lagi aku hari ni.
Lepas tu tgk time & msg kt enset.

16.Saya paling meluat apabila :
:: Org yg tak blh tgk org lebih pastu sibuk nk tau hal org. huhuhu ( ambil berat tu lain tau, jgn salah
faham lak.. ni jenis manusia yg jenis nyibuk jerk.) i dont like okeh!

17.Pesta/Parti adalah :
:: Tempat berlibur... ermm apa2 je lah!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
:: uhuhu... anak ayam yg kaler2 time aku kecik2 kt umah jiran dekat ngn umah aku dulu..ehe

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
:: sweet 15 - 17

20.Hari ini :
:: nak balik awal cikit kot.. (biasa blk 9.30pm okeh)

21.Malam ini saya akan :
:: Tdo awal tanpa fikir apa2. Plezz la.

22.Esok pula saya akan :
:: Kemas rumah, basuh baju, lipat kain, asingkan baju yg dah tak pakai. (hope saya ada kerajinan yg tinggi utk buat sume ni, sy sedang takde mood to do all this thing)

23.Saya betul2 inginkan :
:: hilangkan diri buat sementara waktu.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: owh ok, takde jerawat lagi. gud2 ( aku akan naik jerawat bila 'masa' itu akan tiba)

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: shoppng complex le..

26.Makanan Barat atau Jepun :
:: western

27.Bilik yang terang atau gelap :
:: tak kisah pon.....

28.Makanan segera adalah :
:: kena sll ada dlm kabinet umah.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:: Ok bye ain..take care.


Okeh! settle. ehe..erm lepas ni nk wat entry penting.. wait arr..


Thursday, April 9, 2009

1 year 1 month 1 week 1 day

Erm lagi skali benda ni aku letak sbg entry.
Td tgh dok belek2 blog, ternampak number yg cantik tu..



My Baby You

Si Kecil Aisya Balqis datang office aunty dia last week
WIndu lak kt dia.

V
v



Memula ok lagi bila aku dukung..
Bulat mate tuh tgk camera.. igt mama dia nk watpe la kan ngn benda tuh..
V
V


Pastu Aisya Balqis dh mula gelisah.
Nampak sgt aku tak reti nk pegang baby
Huhu.. nasib la..
Mmg aku tak penah ada adik kecil pon..
Kekok gler time dukung Aisya. Maybe sbb dh lama tak pegang baby kot.
Ehe.

V
V


Tgk....Alamak!!! dia dh mula meraung..

V
V


Tapi aku still gak nk pegang dia n tangkap gambar dia.
Mama dia nk amik pun aku tak bagi..huhu..
Tp aku pengang dia sambil2 pujuk la kan..

V
V


Lepas tu ok lak..... haih.. org amik gambar terus senyap ek Aisya..
Huhuhuhu...

V
V


Masa Aisya Balqis dtg ngn Abg Long dia si kecil AfiQ Haikal hari tu, aku happy sgt2.
Kebetulan pulak time tu mmg aku tgh tensen sgt..
Bila tgk muka dorg.. Hilang jap tensen.
Thanx to Aisya Balqis... Abg Long pun.. ehe.
Nanti next time la masuk kan pict Abg Long k cayang..


Wednesday, April 8, 2009

Weekend Again



Winduu.... lama sgt tak update my blog nih. Byk sbrnnya nk citer. Tp harini Neddy citer about last weekend dulu k.

Ok2. Last weekend pergi The Mall kejap temankan my sis beli sumthing. Tengah syok dok pilih2 barang tu, MR Khairul call dia dh siap nk dtg amik aku. Ingatkan weekend lepas tak dapat dating dgn dia. Tp rupa2 nya dia dh ada plan utk we all for last weekend. Ktorg pegi tgk F1..Yippee... Best sgt. Tp nasib baik gak aku pakai white shirt + half jacket hari tu. Tkde la panas sgt. Ok2. taknak citer panjang bout F1 coz sume org dh tau dia punya controversi tu kan. Huh!.










Ok2 ktorg blk dari F1 pukul 6. Jalan tak payah nk ckp la, jammed gler. Dgn ujan lebat gler. Huh!... grrrr... Dah ler time tu perut ktorg dah nyanyikan macam2 jenis lagu. tinggal lagu dangdut je blm lagi kot.. Nk tak nk kena tahan la jgk rasa lapar tu. Time kt sepang tu ktorg sempat beli roti sosej jerk. Biasa la kan, klu dah namanya pun International Games, harga nya pun sure la international punya price kan.. MIneral water, satu RM 5. Oh! tp terpaksa la gak beli. Sampai jer KL ktorg terus isi perut ni kt Kampung Baru. Lepas Maghrib, ktorg g The Curve.

On da way nk g The Curve tu, my nephew msg, sruh belikan Gardenia Bread, so ktorg singgh kt 7E dulu beli kan bread tu. Memula igt nk beli nt balik, tp wisau lak kang lupe beli lak. CIan la kan kt my nephew yg gagah perkasa tu, tak dapat makan roti lak kang malam tu.

Sampai The Curve, ktorg g tgk wayang. Erm kali ni aku bagi chance kt Mr Khairul lak choose movie yg dia suke. Maklumla, b4 diz dia asyik ngalah jerk kan ngn aku. Ehe, sian dia. Dah la dia belanja, pastu asyik tgk movie yg aku suka jerk.. Tapi aku tak paksa dia tau, dia yg rajin sgt suruh aku pilih okey. (thanx sayang ku. ehe) Paling kesian time ktorg tgk Bride War aritu, huhu.. nampak sgt2 dia tak suke ngn movie tu. Maklumlam. namanya pun Bride War. Pelakon utamanya pun, dua2 women. Hahaha.. tp salute la ngn Mr Khairul.. dia tak complained langsung.

Kali ni, ktorg tgk movie "The International". Yes! ni mmg movie Mr Khairul. No mine. ehe. Walaupun aku tak suka sgt.. (huhu) tp aku ttp tgk sampai habis. (walaupun hampir 3 kali aku terlelap) hahahaha... Citer tu mmg best. Serius, best sgt2. Cuma ktorg tgk at the wrong time okeh! Aku mmg kepenatan mlm tu. Tp sebab Mr Khairul nk tgk movie sgt time tu, and dia yg drive car, so aku tak leh nk wat apa2 lar kan.. Upsss.. tp aku ikhlas temankan dia okey. Lagi pun Mr Khairul tgh stress hari tu. Sian dia, mcm2 problem. Sabar k dear. I'll always with u.

Lepas tgk wayang.............................terus blk rumah. Kepenatan sgt2.

*___________________*

Bye2.

WIth Love
Neddy

Monday, April 6, 2009

Happy Birthday to My Sis

A Very Happy Birthday to Kak Nor.

03.04.64


Kak Nor adalah kakak ku yg ke-3.
Kak Nor dilahirkan 20 thn sebelum aku dilahirkan.
Guru di SK. Bukit Jalil.
Hidupnya diserikan dengan 3 orang puteri
*Natasha Alia - 15
*Shawatul Najwa - 11
*Nur Hanis Shafikah - 8

Kak Nor,
Semoga hari ini memberi sinar baru dalam hidup kak nor.
Walau apa pun yg terjadi, kami akan sentiasa bersama kak Nor.
Walau apa pun yg berlaku, takkan terputus ikatan antara kita.

Tabah kan hati dalam menghadapi dugaan hidup.
Doa utk kak nor tak pernah dilupakan.

Salam Sayang
Adik Mu..
Wan Nadia Hanum.....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here