WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, December 19, 2012

Straight A's! Congratulations Adik Fifi.

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.....


The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will - Vince Lombardi


Jutaan tahniah buat my niece Ain Hafeeza Feetreyna atau we all just panggil dia Adik Fifi diatas kejayaan mendapat straight A's in PMR. Kejayaan ini adalah dengan izin dari-Nya dan hasil usaha dan ketekunan adik fifi serta doa dari semua. Alhamdulillah.. Sentisa bersyukur dengan semua pemberian dan kurniaan dari Yang Maha Esa. 



Fifi (wearing the blue kurung) with her friends.. Congrats All.

" Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.........teruslah menjadi yang terbaik dimata Pencipta dan hambanya... "

She deserved to get straight A's. Yes!! Always pray for your success and happiness. Learn as much as you can while you are young, since life becomes to busy later. Dear, learning is a lifetime process, but there comes a time when we must stop adding and start updating.... (^_^)



The purpose of learning is growth, and our minds, unlike our bodies, can continue growing as we continue to live.....

Congrats again Adik Fifi, (8 A's)  Cik Ha and the whole family Papa & Mama very proud of u. Be a good girl, good daughter and good muslimah... Keep it up. Where ever you go, dont forget where you came from. Just be yourself....keep learning and keep trying to be a good person..

LOVE!!!


Monday, December 17, 2012

Masa itu makin hampir


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum....

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita tinggalkan tahun 2012.. tahun yang penuh makna..seperti tahun-tahun yang lepas juga... (^___^)

MASA ITU rasanya makin tiba....Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan segala yang dirancangkan....Banyak perubahan yang bakal berlaku sepanjang tahun depan ~ 2013.... Penghijrahan yang telah lama dinantikan dan diimpikan. InsyaAllah. Rasanya seluruh keluarga akan merestui penghijrahan ini. Dalam masa yang sama juga, pasti ada hati yang akan terluka dan terasa. Semoga Allah memberi seribu kefahaman kepada mereka yang tidak mengerti.

Sometimes the best thing to do is just let it go. Instead of hurting yourself over & over again trying to make things better when they aren't anymore & when that person don't realize how much they've hurt you, it's better if they figure it out themselves. Start a new life ~ 2012. New vision. new place. with a new team. InsyaAllah.

Biasanya setelah penghijrahan akan ada banyak dugaan dan halangan, saya sudah bersiap sedia untuk menghadapinya...Kerana selepas penghijrahan itu, insyaAllah akan ada penghijrahan yang lain pula dalam hidup saya. Jika diizinkan olehNya.



Semoga segala perancangan kami akan direstui oleh Nya. 
InsyaAllah.

Dalam masa yang sama juga, insyaAllah....me and my sister Anggerek akan berhijrah ke tempat lain. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan my sister yang sedang dalam proses pembelian rumah  pertama nya di Seri Kembangan. 




Allah yang menentukan segalanya, tanpa sebarang perancangan, kebetulan yang tidak pernah kami jangkakan...Dia telah mempermudahkan penghijrahan awal yang bakal saya lakukan tahun depan. Alhamdulillah....

InsyaAllah.....

PETUA DIDIK ANAK PINTAR


Assalamualaikum....

Tadi masa kat office dok usha-usha facebook-kerja ternampak ada sorang ex-student post petua ni. Hati tertarik untuk copy dan share kat sini. Petua yang pertama dan kedua tu memang saya dah selalu dengar, tapi petua yang ketiga dan keempat tu tak pernah saya dengar.

Kalau ada rezeki, sekurang-kurangnya boleh saya jadikan petua-petua ni sebagai salah satu panduan untuk mendidik anak. Semakin umur meningkat dan melihat bagaimana dunia sekarang, dan lihat didikan kakak2 terhadap anak-anak mereka, ada perkara yang boleh saya jadikan panduan.
InsyaAllah. Siapa yang tak nak anak-anak yang pintar dan beriman kan.. (^__^)



Awal Disember ini, my niece Shawaltul Najwa (Bee -14 tahun)..Anak kedua kepada kakak ke-3 ku meluahkan hasrat untuk 'melabuhkan' pemakaian tudung. Kebiasaan wanita bertudung (temasuk saya) memakai tudung hanya sekadar tutup kepala untuk memastikan tidak nampak rambut dan leher, tetapi tidak terlalu mementingkan bahagian-bahagian yang lain. 

Last week bila keluar shopping dengan dia, dia dah mula pakai tudung labuh (pemakaian shawl dilabuhkan ke bahagian paras pinggan), biasanya saya akan betul2 kan tudung dia bila nampak dia pakai tudung kurang kemas, tapi hari tu saya biarkan sahaja. Cuma bila berkesempatan saya akan bagi tips dan cara pakai tudung labuh yang lebih selesa untuk dia gaya kan.. Sejuk mata dan tenang hati saya bila melihat Bee macam tu. 
Semoga Allah memelihara dan memberikan hidayah kepada kami semua..

Alhamdulillah. Niat dan Hijrah Bee sedikit sebanyak terkesan pada hati saya yang kadang-kadang tidak menitik beratkan perkara tersebut. InsyaAllah, akan berusaha memperbaiki tentang amalan pemakaian tudung yang betul.


Bee, Anggerek & me

Semoga amalan ini diteruskan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


Friday, December 14, 2012

TARIKH CANTIK ISLAM 1.2.34H

14.12.2012 bersamaan 1.2.34 Hijrah


1.2.34 Hijrah...
pada hari PENGHULU segala hari.. 
Alhamdulillah...


Tuesday, December 11, 2012

Happy Birthday My Dearest Niece Eeka


A Very Happy Birthday 
to My dearest niece Eeka.

11.12.12
11 years old

May Allah Ease in every difficult thing
May all your dreams and wishes come true darling!
With each year ILOVEYOU more and more and moreee.
Forever LOVE...





Friday, December 7, 2012

NASI AMBENG di Hari Jumaat

Assalamualaikumm....

 Jumaat 7 Disember 2012

Pagi            - Hantar assigment kt UPM
Tengahari   - LUNCH : NASI AMBENG
Petang        - Majlis Penutup Program @ BERJAYA


Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar pergi University Putra Malaysia (UPM) untuk hantar assignment terakhir untuk Semester 6 ini.Alhamdulillah. Walaupun sedang busy dengan macam-macam program  sekaligus... Tapi masih mampu untuk siapkan assignment ON TIME!. Sudah semestinya, semua kekuatan ini datang dari izinNya dan doa dari Family...

After submit asignment, try sms my niece yg belajar kt UPM tanya dia 'kt mana?' ~ si gadis cun Natasha Alia or we all just panggil dia Along Tasha... then dia reply ckp 'baru habis class nak pergi KLCC'. So dh alang2 KLCC tu dh dekat dgn my office terus la angkut dia skali and hantar ke KLCC.

~ Along Tasha~

Hari ni lunch kami ditaja oleh Kak Lyna.... Alhamdulillah... Kak Lyna ni adalah lecturer di tempat kerja saya.. Okeyh! we all makan nasi ambeng (Nasi Ambeng Wak Minah) .... nasi ambeng okay, bukan nasi ambo or nasi ambang.. Pernah dengar tak pasal nasi ambeng ni?? Oh okay, honestly saya pun baru tau pasal nasi ambeng ni. Memula nak sebut nama nasi ni pun rasa agak kekok. Yela... biasa selalu sebut nasi kerabu, nasi dagang or nasi minyak je... Kak Lyna belanja untuk 28 Orang peserta TG . 4 Orang Staff dan 1 Lecturer (total : 33 orang) Semoga rezeki kak lyna dimurahkan olehNya dan diberkati selalu..Aminn..

Kak Lyna ~ semoga dimurahkan rezeki. :)

Ini adalah perkenalan pertama saya dengan nasi ambeng... Memula tgk rupanya mcm lebih kurang nasi kerabu.... **sekali tengok okay.. dua kali tengoh, eh lain laaa.. ada nasi putih, ada ayam gorang, ikan masin, "tempe, kacang goreng, bihun gorang, sayur sikit," (digaul bersama) dan ada mcm kelapa goreng/kerisik gituw... (mcm la kelapa goreng tp tak pasti dia masak kelapa tu mcm mana) haihh sorry la kalau tersilap ye hihihi (failed la). Semua lauk tu diasingkan dengan satu lapisan daun pisang. So kt bawah nya nasi putih, kemudian daun pisang dan diatasnya lauk pauk dan diletakkan didalam bekas. (mungkin ni cara hidangan moden masa kini utk senangkan penggemar nasi ambeng) Tp dalam banyak2 lauk/makanan yang dicampur kt atas tu, saya yg berdarah Cik Siti Wan Kembang ni hanya 'reti' makan nasi putih, ikan masin dan ayam goreng sahaja... Tp sekurang-kurangnya saya tau Nasi Ambeng tu mcmana kan... Tapi semua my students cakap sgt best!!.. Puas hati tgk dorg makan berselera... (^______^)

                                           
                                                             Nasi Ambeng Wak Minah
                                             So sape2 yang berminat nak order boleh call 
                                     kt nombor diatas ye. Diorang ada service delivery lagi.. (^_^) 


Ika dengan Bihah (my staff) ckp Nasi Ambeng ni ada banyak versi...pada asal nya Nasi Ambeng ni dimakan dalam dulang yang besar dan dimakan beramai-ramai... Nasi Ambeng ni jgk makanan tradisi masyarakat yang berketurunan Jawa...Boss saya cakap, orang Jawa ni kulit diorg cantik,licin dan lembut sebab selalu makan tempe.. Tempe tukan dari bahan soya.. Ermm mungkin betul jugaklaa. sebab my friend yang berketurunan Jawa tu sangattt cantik dan kulit dia walau tak seputih mana, tapi sangat gebu dan licin. Honestly saya memang jeles tgk kulit dia okay..

Okay Nasi Ambeng ni biasanya sering dihidangkan pada majlis-majlis kenduri. Cara makan (didalam dulang dan beramai2) ini diamalkan oleh masyarakat Melayu Jawa mungkin bagi mengeratkan silaturahim.. 

Nasi Ambeng - Tradisonal



Thursday, December 6, 2012

ASSIGNMENT (SEMESTER 6)


SEMESTER 6... SUPER MENCABAR

Memandangkan sepanjang Semester 6 ni berlangsung merupakan musim-musim yg super duper busy, so semua assignment dibuat dan diselesaikan pada saat-saat akhir. 

Seperti biasa, bila dah dibuat pada saat akhir, itu pun curik2 buat masa lunch hour dan sambung lagi kt rumah lepas balik kerja. Tapi lumrah lah kalau dah balik rumah automatik otak dan badan pun dah set untuk berehat... Otak akal fikiran beku sebeku-beku nyaa...

Hari ni cuba selesaikan semua assignment.. Alhamdulillah, berjaya selesaikan. Esok hantar kt UPM. Hope lecturer berhati lembut masa check asgmt ni. Walaupun last minute, tp saya tak buat cincai okay prof. Sebab saya buat betul-betul la, saya orang terakhir yang siap asgmt semester ni...
hehehe 



Assignment yang sudah siap tunggu untuk di 'binding'...



                                                                      DONE!!!

                                                                  Alhamdulillah......


WHO VIEW ME.....

get this widget here