WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, November 12, 2014

HOLIDAY aka COMPANY TRIP ❤❤ Singapore


Alhamdulillah syukur ke hadraf Illahi dengan limpah kurnia dan rezeki yang Dia berikan kami di PTMC.

Tahun 2014 ni rezeki kami agak konsisten. Dan Mr OD telah membuat keputusan untuk memberikan insentif kepada staf. Bila tanya pada semua staf nak insentif duit or holiday, semua pilih holiday. Nabihah nak ke Korea, tapi target tahun lepas tak melayakkan ke Korea lagi hehehehe. At last we all buat keputusan pergi ke Singapore aje sbb masa tu we all tengah busy promotion utk new intake jgk. So tak boleh holiday lama-lama dan jauh-jauh.





Tuesday, September 9, 2014

Kebahagiaan Air Mata Syurga (Falisha Salsabila)


FALISHA SALSABILA - Kebahagiaan Air Mata Syurga..


Falisha adalah anak kedua kepada anak saudara saya (Mohd Fahmi) dan adik kepada Farhah Hannan. Dilahirkan pada 6 Februari 2014.

Walaupun family memanggil Falisha dengan nama timangan Bella, tapi saya sejujurnya lebih suka memanggil baby comel ni dengan nama Falisha.

Sifat Falisha agak pendiam, baik dan suka tersenyum. Kecik-kecik dah pandai senyum depan camera. ^_^.

Falisha adalah Cucu sedara saya yang kedua selepas Hannan dan juga Cicit kedua juga untuk Papa dan Mama. Sekali lagi hati ni sangat tersentuh tiap kali melihat Papa dan Mama bersama Falisha dan Hannan. Kerana dalam usia mereka yang sudah menginjak senja, mereka berpeluang memangku dan bermanja dengan DUA ORANG CICIT mereka.

Sekurang-kurangnya, dengan kehadiran Hannan dan Falisha, saya dapat tumpang rasa dan melihat perasaan dan gelagat moyang saya sekiranya berpeluang berjumpa dengan mereka dulu. ^_^

Seumur hidup saya, saya tak berpeluang berjumpa dengan moyang dan Nenek (sebelah Mama) hanya berpeluang bermanja sehingga umur 9 tahun dan Atuk (sebelah Mama) sehingga umur 10 tahun sahaja. Alhamdulillah. Nenek dan Atuk disebelah Papa memang tak sempat bermesra dan bermanja. ^_^

Tak dapat digambarkan kegembiraan seluruh keluarga dengan kehadiran Falisha yang comel dan manja ni. Hannan pun makin matang sebagai seorang kakak.











Nanny Nad sayang Falisha dan Kak Hannan.


Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan Mu untuk kami dengan kelahiran keturunan keluarga kami. Elok dari segala segi. Jadikahlah keturunan kami Soleh dan Solehah. Amin...

RENUNGAN DAN INGATAN


Tragedi MH370


8 Mac 2014....SABTU

Setiap hari Sabtu, sudah menjadi kebiasaan untuk saya sekeluarga yang tinggal di KL (sekiranya tidak bekerja) untuk menghadiri Kuliah Dhuha di KPI, Bangi.

Hari Sabtu 8 Mac itu agak istimewa bila kami adik beradik pergi ke Kuliah Dhuha bersama Mama tersayang dan Adik saya dan anak-anaknya. Kerana kebetulan Mama datang ke KL kerana ingin melawat kakak keempat saya pada masa itu.

Ketika dalam perjalanan ke KPI Bangi, kami menerima berita mengenai MH370 melalui WhatsApp. Namum semua tu kami anggap masih belum pasti, memandangkan khabar berita tersebut tidak berapa jelas....dan agak tidak logic pada fikiran kami. Pada mulanya kami sekeluarga tidak terlalu memikirkan mengenai 'berita malang' tersebut, sehinggalah tamat Kuliah Dhuha tersebut, dan bila lihat di Facebook dan lain-lain laman social, 'berita malang' itu telah menjadi viral dan berita hangat di seluruh Negara.

....Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) - Boeing 777 MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus komunikasi, termasuk isyarat "Transponder" HILANG DARI RADAR pada sekitar pukul 1.30 pagi...Hilangg. Tidak Dapat Di Kesan...Tiada Petanda...Langsung Tiada....Dimana Kedudukan Pesawat Tersebut. MISTERI... Penuh Tanda Tanya. 

Pesawat tersebut membawa seramai 239 penumpang termasuk krew.

Sepanjang hari kami sekeluarga berkumpul di rumah kakak saya yang keempat sambil menunggu berita demi berita dikaca televisyen dan dari Media Social yang lain. Walaupun berita tersebut terlalu payah dan perit untuk diterima, tetapi itulah hakikat yang terpaksa seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia terpaksa terima.

Tidak dapat digambarkan apakah perasaan ahli keluarga...kawan-kawan penumpang MH370. Tak mampu pun nak gambarkan. Terlalu pilu dan menyakitkan....

Ya Allah...Allahuakbar...Allah Maha Berkuasa...Maha Mengetahui...

Sehingga ke tengah malam....Tiada sebarang perkembangan yang SAHIH...yang meyakinkan mengatakan penumpang dan krew SELAMAT.

TIADA...

NOKTAH...






Terlalu banyak sebenarnya spekulasi yang timbul mengenai Misteri Kehilangan Pesawa MH370 ini. Sesungguhnya hanya Allah lah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan apakah hikmah disebalik semua yang terjadi.


----sehingga blog ini di kemaskini pada 9 September 2014, masih tiada khabar yang menyatakan pesawat MH370 ditemui...tiada...KEKAL MISTERI. -------

Saturday, September 6, 2014

First Post in Year 2014


Assalamualaikum.....

Setelah setahun lebih tiada sebarang update di Blog kesayangan ini, hari ni kembali mencoret di sini.

Sepanjang tahun 2013, byk perkara telah berlaku.

25 Januari 2013- Nekad untuk keluar dari syarikat yg telah banyak mengajar erti KESABARAN dan PENGORBANAN tanpa mempersoalkan tentang apa2 jua bayaran atau pampasan. Banyak sebab sebenarnya kenapa saya membuat pilihan untuk keluar dan menerima keputusan syarikat tanpa byk bicara.

Sepanjang tempoh keluar dari syarikat lama, saya masih membantu mereka utk menyelesaikan beberapa perkara yg tidak dapat mereka selesaikan. Ramai sebenarnya menasihatkan saya untuk tidak melakukan perkara itu (membantu menyelesaikan tugasan syarikat itu) memandangkan saya pada ketika itu secara rasmi nya sudah bukan kakitangan disitu lagi. Tapi memandangkan memikirkan jasa MD dan OD syarikat itu selama ini terhadap saya, serta kesiankan keadaan mereka pada ketika itu, saya teruskan juga membantu sehingga selesai tugasan itu. Setelah beberapa bulan meninggalkan syarikat itu, saya terus kedepan tanpa memandang kebelakang lagi. Byk tawaran dari luar yg ingin mendapatkan khidmat saya. Dari KL, JB hingga la Perak, tp satu pun saya tidak terima kerana saya lebih senang meneruskan 'usaha' saya yang telah bermula sejak tahun 2010 itu.

25 Mac 2013 - Mendapat khabar berita mengenai pengurusan syarikat itu telah/bakal bertukar tangan.  Pengurusan baru memanggil saya untuk kembali berkhidmat di situ. Pada awalnya berat untuk bersetuju kembali ke situ. Tetapi bila memikirkan 'JIWA' dan PASSION saya di situ, saya bersetuju untuk kembali ke situ dengan beberapa syarat yang 'keras'. Alhamdulillah, mereka menerima apa sahaja syarat saya asalkan kembali 'meniupkan semangat' kepada syarikat yang hampir 'mati' itu.

2 April 2013 - Bermula cerita baru di syarikat itu. Segala-galanya berubah. Team baru...semangat baru...harapan baru....matlamat baru dan JIWA baru.


Perjalanan hidup dan kerjaya berjalan lancar selepas itu.....

Kita merancang hidup...mengatur itu dan ini.... Tetapi Allah adalah Perancang dan Pengatur Agung tiada tandingan. Allah lah yang lebih Mengetahui segala-galanya.

Alhamdulillah. Doa dari Mama dan Papa serta seluruh keluarga malah dari sahabat handai sangat- sangat bermakna.

WHO VIEW ME.....

get this widget here