WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, October 10, 2016

Papa We Love You


5 Oktober 2016
 
5.30 am : keluar rumah pick up MrK untuk ke KLIA sebab we all ada program di Pulau Pinang.
 
6.00 am : dapat msg dari Adik dekat WA group Family. Adik bagitau Papa tak sihat.
 
Mula dari saat tu terus otak tak mampu nak fikir benda lain dah. Fikir pasal Papa & Family je. Sepanjang jalan ke KLIA langsung tak mampu nak cakap dengan MrK. Apa yang di cakap & advice pun dah tak dengar. Hati & Otak dah dekat kampung.
 
 
Flight ke Penang pukul 9.30am.
Masa sampai dekat KLIA dh dekat pukul 8.00am
Tengah breakfast, memang dh breakdown bila baca msg2 adik dekat WA group.
Kat situ jugak nangis.
Tapi MrK ckp, if Papa getting worse, dia belikan tiket and balik ke KB terus.
Bila check tiket, takde yang time terdekat tu utk ke KB dari KLIA.
 
9.30am
Depart from KLIA to Penang. Dalam flight memang dah tak mampu nak tahan,
sepanjang penerbangan nangis..nangis dan nangis.
MrK ckp, sampai je Penang Airport, dia terus belikan tiket utk balik KB.
Sampai je, terus berlari beli tiket. Tp pukul 5.00pm baru available flight dari Penang ke KB hari tu.
 
(pendekan cerita)
 
Pukul 5.00pm depart to KB from Penang Airport.
Sampai KB, Yana ambik then hantar ke rumah.
Jumpa Mama dulu lepas tu pergi jumpa Papa.
Sampai je terus nangis..nangis..dan nangis..lagiii.
Papa tanya mcm2 pun Kak Rose yg tolong jawab kan.
Memang tak boleh nak bukak mulut, sebab takut Papa dengar tengah nangis.
 
And dari pukul 6.00 pagi hingga pukul 6 petang adalah saat-saat yang paling menakutkan dalam hidup. Cakap la sabar mcmana pun. Memang tak boleh nak sabar kalau dah melibatkan family, terutamanya kalau melibatkan Papa & Mama.
 
Kak Rose, Ya, Kak Nor & Kak La pun semua bergegas balik KB pada hari yang sama.
 
Alhamdulillah
Hari ni 10.10.16.
Papa is getting better.
Panjangkanlah umur Papa & Mama.
Berikanlah kesihatan, ketengangan dan kekuatan untuk Papa & Mama Ya Allah.
Because we love them soo much.
 
 
 

Wednesday, September 28, 2016

My 'Bride to Be' Journey #Part1 - Solemnization Dress

28 September 2016
 
Assalamualaikum...
 
This is 'My Wedding Journey Notes' #Part1
 
Since i'm getting married before end of this year (insyaAllah), so here we go....
I'll update my wedding journey here as a my memories. ^_^
 
So hari ni I pergi jumpa taylor untuk tempah my solemnization dress. I just want a very simple baju for my akad nikah, sebab I nak baju yang sesuai untuk dipakai semula after majlis tu.
 
After discuss dengan my taylor (Kak Amy), we decided untuk buat similar with design kt bawah tu.
 (Tp dalam gambar tu I tak letak full design la, after married nanti I update balik ye ^_^ )
 
A very2 simple baju. Memandangkan sesi akad nikah & sanding adalah pada hari yang sama, so I rasa mcm tak perlu nak pakai baju akad nikah yang grand-grand sangat, because most probably I just wear it for 1 or 2 hour only. Baju sanding pulak I sewa je.
 
How I wish I can wear this dress for the whole day.Tapi mcm mustahil je boleh pakai lama baju ni pada hari tu. hurmmm.
 


Bayangan baju tu nanti. Hope terhasil la yang mcm yang I nak. I trust u Kak Amy. Hehehe
Very reasonable price.
Sekarang ni I tak boleh nak review sangat pasal tailor ni, sebab belum tengok hasil baju I lagi. Tapi tengok review-review dekat IG Kak Amy ni memang terbaikkkk. Butik Kak Amy ni dekat Ampang. Kak Amy ni pun baikkk sangat, orang Tengganu Kite. hehe
 
 Kalau ada sape-sape yang nak usha-usha IG or nak nombor telefon Kak Amy ni, boleh komen nombor telefon dekat bawah ni, nanti I whatsapp dekat uols.
 
(After dah dapat baju, i'll update the details pasal baju, tailor ni semua ye. Sebab belum dapat hasil, so tak berani nak recommend lagi)
 
So guys, tolong doakan I dapat baju akad nikah idaman I ni ye.
Thank you in advance
 
XOXO
 
Nadia.

Thursday, September 22, 2016

NTS #Part1 - The References & Preparation

Ehemm...ehem..
My first entry on this. And trust me, will be moreee entry on this.
Stay calm everybody (and me) hahaha

#THROWBACK BALI TRIP






Assalamualaikum



SESI TEROBEK!

Ok sebelum mula #terobek untuk entri kali ni, nak pesan awal-awal ni, akan ada banyakk sesi #Terobek ni, sbb banyakk sangat benda yang dah terlepas tak di update di MyBlog ni. ^_^

Kali ni nak #Terobek masa saya ke BALI, INDONESIA. Hashtag NHVacay. Masa pergi ke Bali kali ni, dapat kenal ramaiii kawan-kawan baru antaranya adalah Aida (si minah poyo yang sangat besttt), Fazzie, Kak Nor. Yang lain-lain tu dah pernah jumpa, cuma tak berapa rapat je lagi.


 
Ni masa we all dekat Jimbaran untuk dinner. Gadis sebelah ni la Aida. ^_^ Cantik kan. :)
 


Ni masa pergi Hard Rock Café for shopping dan masa we all dok menggila ambik gambar masa sunset dekat Jimbaran.



 
Kami di Tanah Lot. Salah satu kawasan Temple di Bali.


Dinner time!!!! Yeayyy.
Sunset dinner. I love it so much!
 
Actually ni bukan kali pertama saya ke Bali, dan tiap kali pergi memang la wajib dinner dekat Jimbaran ni.  Kalau uols pergi Bali, ni adalah tempat WAJIB kena pergi untuk dinner. Terutama nya pada pasangan honeymoon. WAJIB Okay.

Sebenarnya dah lupa banyak benda pasal aktiviti we all dekat Bali hari tu, cuma apa yang boleh saya share adalah :

i) Nak senang jalan2 better sewa motor. Boleh request dengan pekerja hotel, biasa nya dorang akan tolong panggilkan penyewa motor.

ii) Kalau pergi bertiga, naik je tut-tup (sejenis kenderaan yang ala2 motor + beca)

iii) Kalau nak pergi dekat-dekat, jalan kaki je (saya pernah pusing satu Bali jalan kaki 8 jam, tak terasa penat pun)

iv) Nak shopping cenderamata yg murah, pergi beli dekat KRISHNA. Kalau tak tau dekat mana, boleh WAZE je. Sekarang dh senang, ada waze, dulu saya redah je pegi. Nak senang, ambik je cab.  Jangan beli cenderamata dekat tepi2 jalan tu, MAHAL!

v) Nak makan, cari kedai-kedai minang. Kedai makanan halal dekat Bali ni nak cakap senang tak juga, nak cakap susah sgt pun tak jugak, okay2 la. Compare dengan Phuket, dekat Bali ni lagi senang.  Tapi bawak la jugak makanan dari Malaysia kot2 u all tak jumpa lagi kedai halal hari pertama sampai tu. Kang kebuluq pulak.

vi) Internet / Nombor telefon : Nak senang, beli je simkad dekat sana, memang ada simkad sekali dengan internet, tp lupa pulak berapa harga. Hari tu our Tourist Guide (Pak Ngurah) bawak pergi satu kedai TELCO ni, we all beli dengan harga yang agak murah la jugak. Boleh dapat internet terus. (Itu yang best dok upload gambar dekat FB tu hihi)

vi) Dekat sana SPA dia sangattt murah berbandi di Malaysia. Full body massage siap dengan mandi wap, convert ke duit Malaysia saya boleh dapat RM30.00 SAHAJA!. So aktiviti SPA adalah aktiviti WAJIB saya setiap hari sepanjang disana. Giler tak pergi hari-hari harga murah macam tu.

Okayla, ada masa saya sambung lagi ceritera pasal BALI ni. Sebab Bali antara tempat fave saya jugak la, Cuma Bali ni penduduk dia majoriti beragama HINDU. Dan mereka kuat mengamalkan agama mereka, sampai orang Islam disana tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar (pemerhatian saya sendiri dan maklumat dari hasil saya 'interview' tukang massage di spa dan penduduk2 di situ). So kita (Islam) di Malaysia ni kena bersyukur sangat-sangat.

Wassalam.
LOVE!

NIECEs...my infinity LOVE!

 
 


With my nieces on Aidilfitri 2016.
Hari raya ke-3 di Teratak LTMD (Teratak Rose)
 
Dari Kiri : Eeka, Along Tasha, Adik Ct, Me, Ecah, Fifi, Bee Najwa & Aina.
 
Masa ni Along Aina keluar ambik makanan dekat luar, sebab tu takde dalam gambar ni. ^_^
 

2016 (JAN TO SEPT)


Assalamualaikum...

2016.... meaningful year insyaAllah.

Tahun 2016 ni banyak perkara yang best jugak happened. (dalam family especially) Alhamdulillah.

Awal tahun kami sekeluarga busy buat persiapan Anggerek + Arif. Alhamdulillah my sister dah selamat jadi seorang isteri pada Mac 2016 yang lepas.

My niece Bee Najwa pula mula fasa hidup baru sebagai seorang siswi di UiTM Merbok, Sungai Petani. Alhamdulillah. Walaupun banyakk dugaan dia nak dapatkan tempat ke situ, tetapi kalau dah rezeki (berkat doa dan usaha semua orang) akan dapat juga.

Sekarang 22 September 2016, saya sedang sibuk buat persiapan perkahwinan sendiri pula. Semoga Allah permudahkan segala-gala nya. Alhamdulillah, belum lagi sampai tahap stress atau ada perasaan yang tidak menyenangkan sepanjang preparation ni dilakukan bermula pada bulan Jun hingga sekarang. Semoga semua nya terus berjalan lancar. Aminn... Aminn....

Untuk kerjaya pulak ditahun 2016 ni, Alhamdulillah kami dapat projek dari KKDN. Alhamdulillah. Lama juga la bertapa di KB. Dari bulan April hingga la Ogos. Seronok sangat sebab dapat spent time lamaaa dengan mama, papa n family. Alhamdulillah. Dapat jugak la Mr K tu sesuaikan diri dekat KB tu, sebab dia pun almost everyweekend akan ke KB sepanjang bulan April - Ogos tu.

Wednesday, September 21, 2016

#THROWBACK #LifeInTaiping


Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama tulis entry ni, tapi lupa nak publish, so jadi la entry ni masuk di tahun 2016. hahaha layan kan je la ye. (Jauh sgt throwback entry)

Ahhhhh Lega rasa nya....

Sebenarnya banyakkkk sangat perkara yang dah terjadi sepanjang bulan Ogos hingga lah bulan November 2014 ni. Sampaikan update pasal my birthday pun tak sempat nak up kt sini. Tahun 2014 ni takde Birthday celebration pun disebabkan on my birthday tu, saya sedang berkursus di Klang. :-)


One of birthday wishes.
Yang ni dari my lil girl Ibtisam dan Nour. Tq dear. 


Birthday wishes from Rahim. One of my group members of WIM Workshop

With Sue, Rahim and Faizal on my birthday 2014. WIM Workshop.
 
September - 2/9/14 -  Bermulanya hidup di Taiping. PTMC dapat project di Taiping so siapa lagi yang kena turun padang kalau bukan saya. Tp Alhamdulillah sebelum mula program tu, we all sempat ambik staff baru nama Ain.

Project ni akan berakhir pada bulan Disember. So dalam otak ingatkan boleh la focus je kt KL nanti, tapi rupa-rupanya tinggal angan-angan je la... Sebab PTMC kena buka branch pulak di Taiping. Life di Taiping seronokkkkkk sangat di awal-awal nya tu. Sebab nyaman, tenang, tak perlu sakit kepala dengan jam. Kesimpulan nya memang sangat tenang. Yela, nama nya pun orang panggil "Bandar Orang Pencen" kan Taiping tu.



 2/09/14 - Introduction Day
 2/09/14 - Lunch with Puan Jariyah (Director of Human Capital, NCIA) at Kelip-Kelip Kampung Dew (Mee Ketam Kak Jan)
 
02/11/14 -  Bergambar bersama Abg Zuk, En Najib dan En Mus Zoo berlatar belakang kan Bukit Larut (Maxwell Hill)
 
2/09/14 - Tea Time : Menikmati Laksa Telur Goreng+ Air Kelapa Lemon bersama my boss, Abg Zuk, En Najib dan Encik Mus ZOo.
 
 
2/09/14 : Sifu Bergabung - En Khairul, Abg Zuk, Encik Najib & Dik Wan.

Oktober - Projek disana berjalan lancar. So tugas ulang alik dari KL - Taiping - KL tu memang la tugasan hakiki saya bermula dari start program sampai tamat lah. Setiap hari Jumaat saya akan drive ke Taiping, hari Selasa drive balik KL dan kadang-kadang kalau perlu hadiri meeting disana, saya akan stay di sana selama berminggu-minggu tanpa balik ke KL.

Kehidupan disana berjalan lancar. Seronok dan nyaman. Di Taiping saya tinggal di Taiping Golf Resort. Mula kenal dengan ramai orang di Taiping dan mula kenal semua jalan-jalan di sekitar Taiping tu. Dari 1 projek, ke 1 projek kami merancang untuk program di Taiping dan Utara. Nampak gaya nya saya macam susah je nak balik duduk KL macam biasa. Walaupun rasa risau dan tidak yakin samada saya mampu atau tidak berjauhan dengan family dalam tempoh yang lama dan jarak yang jauh, tapi saya terus kuatkan hati dan semangat untuk terus berusaha. Siapa tau kan rezeki saya memang di Utara. :)

Penat lidah saya belajar bercakap bahasa utagha, berbelit-belit lidah ni mencuba. Tapi hasil nya, saya kena gelak dengan kawan-kawan disana. InsyaAllah, akan terus berusaha untuk belajar bahasa utagha dengan mereka.

November - Kehidupan makin busy dan menekan....terkejar-kejar. Mana nak pantau pergerakan kerja staff di KL, mana nak uruskan kerja di Taiping. Fuhhh memang amat menguji tahap kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Tapi nasib baik la My Big Boss sentiasa memahami, bila tiba datang nya angin kus-kus saya ni. Allah pun sentiasa memberikan saya kekuatan terutamanya dari segi kekuatan fizikal dan mental.

Bila semua staf balik KL dan kawan-kawan di Taiping ni busy, hati meronta-ronta nak balik KL. Di Taiping tak banyak perkara yang boleh dilakukan. Tambahan pulak, saya belum betul-betul biasa di sini, jadi bila perlu keluar kemana-mana bersendirian, hati sedikit risau tentang keselamatan. Biasanya di KL kalau tiba masa tidak sibuk, rumah family la tempat saya lepak atau isi masa lapang.

Rasanya hati ni belum betul-betul boleh terima kehidupan di Taiping. Hati sentiasa rindukan  KL dan KB :-)

Namun saya sangat-sangat bersyukur di 'campakkan' ke Taiping, ketika saya benar-benar perlukan ruang untuk masa bersendirian dan lari dari hiruk piruk kesibukan kota pada masa tu. Allah Maha Mengetahui, saya memerlukan tempat untuk saya mencari ketenangan. Taiping, sangat menenangkan dan mendamaikan hati saya.

Life in Taiping.....Banyak cerita yang akan dikongsi nanti. Makanan, orang nya, sejarah Taiping, kawan-kawan baru di Taiping dan lain-lain. Tapi cerita-cerita tu akan saya update di lain entri. Rugi rasanya jika saya tidak catatkan semua nya disini. Semua itu mungkin permulaan untuk satu kehidupan baru, atau mungkin akan menjadi salah satu kenangan dan pengalaman untuk mendewasa kan saya kelak.


2015


 
Assalamualaikum.

21 September 2016.

Oh ya, hari ni my one and only Adik's BIRTHDAY. Happy Birthday Adik Ratna Idayu. Wan doakan adik sentiasa bahagia, dilindungi Allah, diberkati Allah, dimurah kan rezeki, di permudahkan segala urusan. Sekarang my Adik sedang pregnant anak ke-3 dia, dah 8 bulan ni. Semoga dipermudahkan semua nya.

2015

Setahun tanpa apa-apa cerita......

Setahun lebih tak update myBlog ni. Padahal banyakk sangat perkara yang best happened on 2015.

Sepanjang tahun 2015 banyakkk sgt perkara best yang saya lalui yang perlu saya syukuri.

Kerja - Alhamdulillah makin berkembang, dapat 2-3 project yang best di Penang.
Family - Adik kawin dengan Akram before Ramadhan
           - Ya merancang utk berkahwin dgn Nik.
           - Kak Rose dapat cucunda. Alhamdulillah. Puttery Ayra Sophea (anak along aina + nami)
           - Kak Nor makin kuat selepas abe li meninggal on November 2014.
           - Rumah Kak La di PC siap sepenuhnya.
           - Kakak kembali pindah menetap di Shah Alam.

After busy preparation wedding adik, terus busy buat preparation wedding ya. Alhamdulillah.

Relationship - Alhamdulillah, still with the same person since 7 years ago, dan sedang merancang ke arah yg lebih baik.
Friendship - Makin bertambah, kwn2 dari Perak, Penang dan lain-lain.

Penutup 2015 dengan busy prepare wedding Ya.

Nota : gambar-gambar sepanjang tahun 2015 saya masukkan kemudian ye.

LOVE!


WHO VIEW ME.....

get this widget here