WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, November 28, 2012



Happiness is not something ready made. 
It comes from your own actions.





Monday, November 12, 2012

Teater : Tun Siti Hasmah


Tempat                    : Istana Budaya
Tarikh                     : 11.11.12
Masa                       : 8.30 malam
Penerbit Eksekutif   : Datin Paduka Umie Aida
Pengarah                 : Erma Fatima


DARI HATI SEORANG PEREMPUAN
Bermadu dengan perempuan lain, perit rasanya
Bermadu dengan rakyat, walaupun pahit tapi ada nikmatnya...




Pada hari Ahad lepas, me and my sister meluangkan masa untuk menonton Teater Tun Siti Hasmah. Memandangkan kami sudah agak lama tidak membuat aktiviti 'menonton teater' ni selepas teater Tun Dr Mahathir dan  NATRAH, jadi kami meluangkan sedikit masa untuk ke Istana Budaya menonton teater mengenai kisah hidup isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 ini.

Dibintangi oleh Lisa Surihani dan Nazim Othman (watak Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika muda) serta Eja dan Isma Daniel (watak Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika tua). Turut dibintangi oleh pelakon-pelakon tambahan lain seperti Syani, Radhi Othman (Orang kampung) Anne Abdullah (Nurse) Dira Abu Zahar (Marina dewasa) Azizah Mahzan (Kakak Tun Siti Hasmah), Mahmud Ali Bashah (Ahli Politik). Isma Daniel yang pernah membawakan watak 'Tun' seperti sudah menjadi 'diri sendiri' untuk teater ini. Wataknya sangat 'menjadi dan hidup' sebagai 'Tun".

Teater ini dimulakan dengan menceritakan detik-detik pertemuan diantara kedua-dua "Tun" semasa belajar. Cabaran awal Tun sebagai seorang Doktor yang dihantar bertugas dikawasan pedalaman. Kemudian cabaran sebagai seorang wanita, ibu dan isteri kepada ahli politik yang mempunyai semangat tinggi untuk memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. Paling utama adalah bagaimana Hati Seorang Perempuan yang menjadi isteri kepada Bapa Pembangunan kita iaitu Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-4 ketika saat-saat getir suaminya menghadapi cemuhan,fitnah dan tomahan ketika memegang jawatan sebagai PM selama 22 tahun pemerintahannya. Ketabahan dan kekuatan semangat seorang perempuan disebalik kejayaan dan kekuatan seorang 'lelaki paling penting' dalam negara pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir adalah Tun Dr Siti Hasmah. Disebalik kejayaannya, ada sekeping Hati Seorang Perempuan yang kuat dan sanggup bekorban sepanjang zaman muda nya demi cintanya kepada seorang lelaki dan cintanya kepada bangsa dan negara.....




Sesi tandatangan dan bertemu penonton. 
Lisa Surihani dan Nazim Othman


 With my sis  - Anggerek.




Kalau berminat nak pegi tengok, boleh tempah tiket kt Istana Budaya-Ticket2u. Tempah je online dan buat bayaran dalam masa 3 hari ok. (^__^).

Harga tiket : Jumaat & Sabtu Malam - RM35, 75,95, 125, 185, 305
                     Selain Jumaat & Sabtu Malam - RM35, 55, 75, 105, 155, 305

Tarikh ditayangkan : 9 -19 November 2012
Tempat                    : Panggung Sari, Istana Budaya
Masa                       : 3.00petang & 8.30malam





Psssstttt  : Gossip sikit, semalam Hans Issac datang dengan Neelofa masa tgk Teater ni.. Ehemmm. Kemain lagi.


Tuesday, November 6, 2012

Adam dan Hawa (Drama Episod)


Tonton Adam & Hawa Secara Online




Fenomena Adam dan Hawa untuk diri saya bermula dari my sis & niece. Mula-mula memang tak interested langsung nak follow cerita ni walaupun selepas dah habis baca Novel Adam dan Hawa yg my sis beli. Memandangkan masa episod Adam dan Hawa ni bermula, hidup saya tersangat'lah busy dan rasa macam tak ada harapan langsung nak follow. Mana tak nya, dari pagi ke pagi kerja. Bila ada free time kena buat assignment dan study. Tapi satu hari tangan ni gatal nak click dekat link my niece punya blog (ada mcm-mcm drama disini). Mula dari hari tu, hidup rasa macam tak lengkap bila tak tengok episod hidup "Adam dan Hawa".


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Kisah Adam dan Hawa adalah mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang ramaja lepasan SPM yang bekerja semantara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap berkhalwat selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa khawin dengan Adam dan keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa masih ego.



Tarikh mula    : 27 Ogos 2012
Hari                : Isnin - Khamis 
Masa               : 10.00 malam
Channel          : Mustika HD, Astro
Pengarah        : Mohd Feroz Abdul Kader
Pelakon Utama : Aaron Aziz, Nadiya Nisaa


Nak tengok Adam & Hawa online....Klik link kat bawah ni..

EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
EPISOD 13
EPISOD 14
EPISOD 15
EPISOD 16
EPISOD 17
EPISOD 18
EPISOD 19
EPISOD 20
EPISOD 21
EPISOD 22
EPISOD 23
EPISOD 24
EPISOD 25
EPISOD 26
EPISOD 27
EPISOD 28
EPISOD 29
EPISOD 30
EPISOD 31
EPISOD 32
EPISOD 33
EPISOD 34
EPISOD 35
EPISOD 36
EPISOD 37
EPISOD 38
EPISOD 39
EPISOD 40
EPISOD 41
EPISOD 42
EPISOD 43
EPISOD 44
EPISOD 45
EPISOD 46
EPISOD 47
EPISOD 48
EPISOD 49
EPISOD 50
EPISOD 51
EPISOD 52
EPISOD 53
EPISOD 54
EPISOD 55
EPISOD 56
EPISOD 57
EPISOD 58
EPISOD 59
EPISOD 60
EPISOD 61
EPISOD 62
EPISOD 63
EPISOD 64
EPISOD 65
EPISOD 66

Siapa yang ada Astro kt rumah boleh la langgan Astro Pakej Mustika atau Astro B-yond HD.
(^_^)




Monday, November 5, 2012

Saturday, November 3, 2012

Kehadirannya Penantian Terindah - Hannan


Assalamualaikum...

Pada 30 Jun 2012 Aina (isteri my nephew) selamat melahirkan seorang Puteri yang diberi nama Nur Farhah Hannan binti Mohd Fahmi. Dengan kehadirannya lengkap la sudah 7 keturunan Cina dari sebelah Papa. Kehadirannya begitu dinantikan memandangkan Baby Hannan merupakan Cicit pertama Mama dan Papa. Alhamdulillah, dalam umur Papa menjangkau 70 tahun dan Mama 69 tahun pada tahun ini, mereka masih diberikan peluang oleh-Nya untuk menatap wajah Cicit sulung mereka.

Seluruh keluarga menyambut kehadiran Baby Hannan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terkata. Makin terharu bila lihat wajah Mama dan Papa yang sangat gembira memangku cicit sulung mereka. (^__^)


Hannan With Nyang & Tok Nyang Hari Raya Aidiladha 1433H
(26 Okt 2012)



Hannan with Mak Tok 
(my sister)


Hannan with Tok Ayah
(my BIL)


Hannan with her Abah & Mummy 


Hannan's first Syawal


Hannan with NannyNad


Hannan with NannyAnn, NannyNad & her Mak Usu



Hannan pakai baju Nanny Nad beli. Comel.





 Farhah Hannan 3 months
Makin Hari makin comel..makin menawan...makin NannyNad rindu...


Hannan, Mummy & Tok Nyang


03 Nov 2012

Thursday, November 1, 2012

31 Okt. Hari yang dinanti.


........Continue

Tarikh 31 Okt ini menjadi ingatan saya sejak sebulan yang lepas memandangkan Peserta Program Pelancongan akan datang ke KL dan berdaftar pada hari ini. Perasaan bercampur baur... Risau.Happy. Excited.Cemas. Macam-macam rasa dan perasaan ada sepanjang sebulan ni. Dalam tempoh sebulan ni jugak, bermacam masalah dan dugaan yang timbul. Walaupun masih penat kesan dari BER-Holiday ke Sabah selama 5 hari dan baru saja sampai di KL semalam, tapi terpaksa kuatkan hati dan badan untuk bekerja dan menyambut kedatangan peserta (nanti update mengenai percutian bila dah free k).

Peserta dari Sandakan tiba lebih awal iaitu pada 29 Okt. Hari ini peserta dari Hulu Terengganu, Johor, Melaka, Sabak Bernam dan juga Perlis tiba pada pukul 2.00pm dan kami sambut di KL Sentral.

Jutaan TQ.TQ.TQ pada my staf Nabihah sebab sangat-sangat komited dengan kerja dan bersabar dengan semua dugaan dan cabaran sepanjang saya tiada di ofis. Jutaan TQ.TQ.TQ jg pada Yeen, sebab terlalu banyaakkkkkkk menolong Nabihah dan My Mr Bos sepanjang saya ber-holiday. Walaupun sepanjang ber-holiday hati rasa tidak senang, tapi masih dapat diketepikan bila saya tau Yeen akan tolong Nabihah dan My Mr Bos. Kadang-kadang orang yang tak ada kena mengena lebih bertanggungjawab dan ikhlas membantu dari orang yang sepatutnya membantu disaat diperlukan. Tanpa kami meminta bantuan, Yeen bertanya dan menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, Dia 'menghantar' orang untuk membantu dan Dia mempermudahkan segalanya. Sejak 29 Okt sehingga ke hari ini 31 Okt, Yeen kehulu-kehilir cuba membantu sebanyak mana yang boleh. TQVM Yeen. Nabihah juga makin cekap dan makin boleh diharap. (^__^)

Peserta yang datang juga pada mata kasar nya sangat baik dan mungkin senang diuruskan. Ada macam-macam ragam dan macam-macam budaya. Harap nanti semuanya akan okay hingga ke hari terakhir. InsyaAllah.

Hari ini, beberapa masalah tiba-tiba muncul, dan Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan tenang. Hari ni juga, dapat saya dan MRK tau siapa yang betul-betul ikhlas, siapa yang selfish, siapa yang cakap tak serupa bikin dan siapa yang sanggup bersusah dan senang bersama. (^___^)

2.00pm      : Meet & Greet @ KL Sentral
3.00pm      : Bertolak ke Asrama (Ukay Perdana - Spring Ville)
4.00 - 5.00pm : Pendaftaran & Pembahagian Bilik
5.00pm      : Minum Petang
8.00pm      : Makan Malam
9.00pm      : Taklimat dari pihak hostel/pengangkutan & PTMC


Alhamdulillah Ya Allah Kau Permudahkan Segala Urusan Kami Pada Hari Ini.

*Esok ada Introduction dengan peserta*


                                                                                                                                     to be continue........


Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here