WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Saturday, September 6, 2014

First Post in Year 2014


Assalamualaikum.....

Setelah setahun lebih tiada sebarang update di Blog kesayangan ini, hari ni kembali mencoret di sini.

Sepanjang tahun 2013, byk perkara telah berlaku.

25 Januari 2013- Nekad untuk keluar dari syarikat yg telah banyak mengajar erti KESABARAN dan PENGORBANAN tanpa mempersoalkan tentang apa2 jua bayaran atau pampasan. Banyak sebab sebenarnya kenapa saya membuat pilihan untuk keluar dan menerima keputusan syarikat tanpa byk bicara.

Sepanjang tempoh keluar dari syarikat lama, saya masih membantu mereka utk menyelesaikan beberapa perkara yg tidak dapat mereka selesaikan. Ramai sebenarnya menasihatkan saya untuk tidak melakukan perkara itu (membantu menyelesaikan tugasan syarikat itu) memandangkan saya pada ketika itu secara rasmi nya sudah bukan kakitangan disitu lagi. Tapi memandangkan memikirkan jasa MD dan OD syarikat itu selama ini terhadap saya, serta kesiankan keadaan mereka pada ketika itu, saya teruskan juga membantu sehingga selesai tugasan itu. Setelah beberapa bulan meninggalkan syarikat itu, saya terus kedepan tanpa memandang kebelakang lagi. Byk tawaran dari luar yg ingin mendapatkan khidmat saya. Dari KL, JB hingga la Perak, tp satu pun saya tidak terima kerana saya lebih senang meneruskan 'usaha' saya yang telah bermula sejak tahun 2010 itu.

25 Mac 2013 - Mendapat khabar berita mengenai pengurusan syarikat itu telah/bakal bertukar tangan.  Pengurusan baru memanggil saya untuk kembali berkhidmat di situ. Pada awalnya berat untuk bersetuju kembali ke situ. Tetapi bila memikirkan 'JIWA' dan PASSION saya di situ, saya bersetuju untuk kembali ke situ dengan beberapa syarat yang 'keras'. Alhamdulillah, mereka menerima apa sahaja syarat saya asalkan kembali 'meniupkan semangat' kepada syarikat yang hampir 'mati' itu.

2 April 2013 - Bermula cerita baru di syarikat itu. Segala-galanya berubah. Team baru...semangat baru...harapan baru....matlamat baru dan JIWA baru.


Perjalanan hidup dan kerjaya berjalan lancar selepas itu.....

Kita merancang hidup...mengatur itu dan ini.... Tetapi Allah adalah Perancang dan Pengatur Agung tiada tandingan. Allah lah yang lebih Mengetahui segala-galanya.

Alhamdulillah. Doa dari Mama dan Papa serta seluruh keluarga malah dari sahabat handai sangat- sangat bermakna.

No comments:

WHO VIEW ME.....

get this widget here