WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Thursday, November 1, 2012

31 Okt. Hari yang dinanti.


........Continue

Tarikh 31 Okt ini menjadi ingatan saya sejak sebulan yang lepas memandangkan Peserta Program Pelancongan akan datang ke KL dan berdaftar pada hari ini. Perasaan bercampur baur... Risau.Happy. Excited.Cemas. Macam-macam rasa dan perasaan ada sepanjang sebulan ni. Dalam tempoh sebulan ni jugak, bermacam masalah dan dugaan yang timbul. Walaupun masih penat kesan dari BER-Holiday ke Sabah selama 5 hari dan baru saja sampai di KL semalam, tapi terpaksa kuatkan hati dan badan untuk bekerja dan menyambut kedatangan peserta (nanti update mengenai percutian bila dah free k).

Peserta dari Sandakan tiba lebih awal iaitu pada 29 Okt. Hari ini peserta dari Hulu Terengganu, Johor, Melaka, Sabak Bernam dan juga Perlis tiba pada pukul 2.00pm dan kami sambut di KL Sentral.

Jutaan TQ.TQ.TQ pada my staf Nabihah sebab sangat-sangat komited dengan kerja dan bersabar dengan semua dugaan dan cabaran sepanjang saya tiada di ofis. Jutaan TQ.TQ.TQ jg pada Yeen, sebab terlalu banyaakkkkkkk menolong Nabihah dan My Mr Bos sepanjang saya ber-holiday. Walaupun sepanjang ber-holiday hati rasa tidak senang, tapi masih dapat diketepikan bila saya tau Yeen akan tolong Nabihah dan My Mr Bos. Kadang-kadang orang yang tak ada kena mengena lebih bertanggungjawab dan ikhlas membantu dari orang yang sepatutnya membantu disaat diperlukan. Tanpa kami meminta bantuan, Yeen bertanya dan menghulurkan bantuan. Alhamdulillah, Dia 'menghantar' orang untuk membantu dan Dia mempermudahkan segalanya. Sejak 29 Okt sehingga ke hari ini 31 Okt, Yeen kehulu-kehilir cuba membantu sebanyak mana yang boleh. TQVM Yeen. Nabihah juga makin cekap dan makin boleh diharap. (^__^)

Peserta yang datang juga pada mata kasar nya sangat baik dan mungkin senang diuruskan. Ada macam-macam ragam dan macam-macam budaya. Harap nanti semuanya akan okay hingga ke hari terakhir. InsyaAllah.

Hari ini, beberapa masalah tiba-tiba muncul, dan Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan tenang. Hari ni juga, dapat saya dan MRK tau siapa yang betul-betul ikhlas, siapa yang selfish, siapa yang cakap tak serupa bikin dan siapa yang sanggup bersusah dan senang bersama. (^___^)

2.00pm      : Meet & Greet @ KL Sentral
3.00pm      : Bertolak ke Asrama (Ukay Perdana - Spring Ville)
4.00 - 5.00pm : Pendaftaran & Pembahagian Bilik
5.00pm      : Minum Petang
8.00pm      : Makan Malam
9.00pm      : Taklimat dari pihak hostel/pengangkutan & PTMC


Alhamdulillah Ya Allah Kau Permudahkan Segala Urusan Kami Pada Hari Ini.

*Esok ada Introduction dengan peserta*


                                                                                                                                     to be continue........


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here