WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, November 12, 2012

Teater : Tun Siti Hasmah


Tempat                    : Istana Budaya
Tarikh                     : 11.11.12
Masa                       : 8.30 malam
Penerbit Eksekutif   : Datin Paduka Umie Aida
Pengarah                 : Erma Fatima


DARI HATI SEORANG PEREMPUAN
Bermadu dengan perempuan lain, perit rasanya
Bermadu dengan rakyat, walaupun pahit tapi ada nikmatnya...




Pada hari Ahad lepas, me and my sister meluangkan masa untuk menonton Teater Tun Siti Hasmah. Memandangkan kami sudah agak lama tidak membuat aktiviti 'menonton teater' ni selepas teater Tun Dr Mahathir dan  NATRAH, jadi kami meluangkan sedikit masa untuk ke Istana Budaya menonton teater mengenai kisah hidup isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 ini.

Dibintangi oleh Lisa Surihani dan Nazim Othman (watak Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika muda) serta Eja dan Isma Daniel (watak Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir ketika tua). Turut dibintangi oleh pelakon-pelakon tambahan lain seperti Syani, Radhi Othman (Orang kampung) Anne Abdullah (Nurse) Dira Abu Zahar (Marina dewasa) Azizah Mahzan (Kakak Tun Siti Hasmah), Mahmud Ali Bashah (Ahli Politik). Isma Daniel yang pernah membawakan watak 'Tun' seperti sudah menjadi 'diri sendiri' untuk teater ini. Wataknya sangat 'menjadi dan hidup' sebagai 'Tun".

Teater ini dimulakan dengan menceritakan detik-detik pertemuan diantara kedua-dua "Tun" semasa belajar. Cabaran awal Tun sebagai seorang Doktor yang dihantar bertugas dikawasan pedalaman. Kemudian cabaran sebagai seorang wanita, ibu dan isteri kepada ahli politik yang mempunyai semangat tinggi untuk memperjuangkan nasib bangsanya sendiri. Paling utama adalah bagaimana Hati Seorang Perempuan yang menjadi isteri kepada Bapa Pembangunan kita iaitu Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-4 ketika saat-saat getir suaminya menghadapi cemuhan,fitnah dan tomahan ketika memegang jawatan sebagai PM selama 22 tahun pemerintahannya. Ketabahan dan kekuatan semangat seorang perempuan disebalik kejayaan dan kekuatan seorang 'lelaki paling penting' dalam negara pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir adalah Tun Dr Siti Hasmah. Disebalik kejayaannya, ada sekeping Hati Seorang Perempuan yang kuat dan sanggup bekorban sepanjang zaman muda nya demi cintanya kepada seorang lelaki dan cintanya kepada bangsa dan negara.....




Sesi tandatangan dan bertemu penonton. 
Lisa Surihani dan Nazim Othman


 With my sis  - Anggerek.




Kalau berminat nak pegi tengok, boleh tempah tiket kt Istana Budaya-Ticket2u. Tempah je online dan buat bayaran dalam masa 3 hari ok. (^__^).

Harga tiket : Jumaat & Sabtu Malam - RM35, 75,95, 125, 185, 305
                     Selain Jumaat & Sabtu Malam - RM35, 55, 75, 105, 155, 305

Tarikh ditayangkan : 9 -19 November 2012
Tempat                    : Panggung Sari, Istana Budaya
Masa                       : 3.00petang & 8.30malam





Psssstttt  : Gossip sikit, semalam Hans Issac datang dengan Neelofa masa tgk Teater ni.. Ehemmm. Kemain lagi.


2 comments:

Unknown said...

salam nad... dah lama tak lawat blog nad...anyway, zul dah ade blog...dtg la lawat ye... :)

Miss Neddy said...

Salam Zul, yes sure. i will. all the best ya!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here