WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, December 17, 2012

PETUA DIDIK ANAK PINTAR


Assalamualaikum....

Tadi masa kat office dok usha-usha facebook-kerja ternampak ada sorang ex-student post petua ni. Hati tertarik untuk copy dan share kat sini. Petua yang pertama dan kedua tu memang saya dah selalu dengar, tapi petua yang ketiga dan keempat tu tak pernah saya dengar.

Kalau ada rezeki, sekurang-kurangnya boleh saya jadikan petua-petua ni sebagai salah satu panduan untuk mendidik anak. Semakin umur meningkat dan melihat bagaimana dunia sekarang, dan lihat didikan kakak2 terhadap anak-anak mereka, ada perkara yang boleh saya jadikan panduan.
InsyaAllah. Siapa yang tak nak anak-anak yang pintar dan beriman kan.. (^__^)



Awal Disember ini, my niece Shawaltul Najwa (Bee -14 tahun)..Anak kedua kepada kakak ke-3 ku meluahkan hasrat untuk 'melabuhkan' pemakaian tudung. Kebiasaan wanita bertudung (temasuk saya) memakai tudung hanya sekadar tutup kepala untuk memastikan tidak nampak rambut dan leher, tetapi tidak terlalu mementingkan bahagian-bahagian yang lain. 

Last week bila keluar shopping dengan dia, dia dah mula pakai tudung labuh (pemakaian shawl dilabuhkan ke bahagian paras pinggan), biasanya saya akan betul2 kan tudung dia bila nampak dia pakai tudung kurang kemas, tapi hari tu saya biarkan sahaja. Cuma bila berkesempatan saya akan bagi tips dan cara pakai tudung labuh yang lebih selesa untuk dia gaya kan.. Sejuk mata dan tenang hati saya bila melihat Bee macam tu. 
Semoga Allah memelihara dan memberikan hidayah kepada kami semua..

Alhamdulillah. Niat dan Hijrah Bee sedikit sebanyak terkesan pada hati saya yang kadang-kadang tidak menitik beratkan perkara tersebut. InsyaAllah, akan berusaha memperbaiki tentang amalan pemakaian tudung yang betul.


Bee, Anggerek & me

Semoga amalan ini diteruskan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


No comments:

WHO VIEW ME.....

get this widget here