WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Friday, November 7, 2008

SEDERHANA ITU TERLALU INDAH.....

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


Orang yang terlalu PANDAI kadanag-kadang apabila bodoh.. terus SASAU.
Orang yang terlalu KUAT..kadang- kadang apabila lemah terus tidak BERDAYA..


Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian.

Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang HINA mahupun orang yang MULIA. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.

Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara,
Berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan
menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.


Bersederhanalah. .. ITU adalah jawapan kepada segala kebahagiaan...-

1 comment:

anok itik tok wi said...

saya pom bekasan SMTTM tp thn 1997 lerr,,saya try gak cari rakan2 bekasan SMTTM utk wak reunion tapi takde le,,ok that all,,

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here