WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Thursday, September 22, 2016

#THROWBACK BALI TRIP






Assalamualaikum



SESI TEROBEK!

Ok sebelum mula #terobek untuk entri kali ni, nak pesan awal-awal ni, akan ada banyakk sesi #Terobek ni, sbb banyakk sangat benda yang dah terlepas tak di update di MyBlog ni. ^_^

Kali ni nak #Terobek masa saya ke BALI, INDONESIA. Hashtag NHVacay. Masa pergi ke Bali kali ni, dapat kenal ramaiii kawan-kawan baru antaranya adalah Aida (si minah poyo yang sangat besttt), Fazzie, Kak Nor. Yang lain-lain tu dah pernah jumpa, cuma tak berapa rapat je lagi.


 
Ni masa we all dekat Jimbaran untuk dinner. Gadis sebelah ni la Aida. ^_^ Cantik kan. :)
 


Ni masa pergi Hard Rock Café for shopping dan masa we all dok menggila ambik gambar masa sunset dekat Jimbaran.



 
Kami di Tanah Lot. Salah satu kawasan Temple di Bali.


Dinner time!!!! Yeayyy.
Sunset dinner. I love it so much!
 
Actually ni bukan kali pertama saya ke Bali, dan tiap kali pergi memang la wajib dinner dekat Jimbaran ni.  Kalau uols pergi Bali, ni adalah tempat WAJIB kena pergi untuk dinner. Terutama nya pada pasangan honeymoon. WAJIB Okay.

Sebenarnya dah lupa banyak benda pasal aktiviti we all dekat Bali hari tu, cuma apa yang boleh saya share adalah :

i) Nak senang jalan2 better sewa motor. Boleh request dengan pekerja hotel, biasa nya dorang akan tolong panggilkan penyewa motor.

ii) Kalau pergi bertiga, naik je tut-tup (sejenis kenderaan yang ala2 motor + beca)

iii) Kalau nak pergi dekat-dekat, jalan kaki je (saya pernah pusing satu Bali jalan kaki 8 jam, tak terasa penat pun)

iv) Nak shopping cenderamata yg murah, pergi beli dekat KRISHNA. Kalau tak tau dekat mana, boleh WAZE je. Sekarang dh senang, ada waze, dulu saya redah je pegi. Nak senang, ambik je cab.  Jangan beli cenderamata dekat tepi2 jalan tu, MAHAL!

v) Nak makan, cari kedai-kedai minang. Kedai makanan halal dekat Bali ni nak cakap senang tak juga, nak cakap susah sgt pun tak jugak, okay2 la. Compare dengan Phuket, dekat Bali ni lagi senang.  Tapi bawak la jugak makanan dari Malaysia kot2 u all tak jumpa lagi kedai halal hari pertama sampai tu. Kang kebuluq pulak.

vi) Internet / Nombor telefon : Nak senang, beli je simkad dekat sana, memang ada simkad sekali dengan internet, tp lupa pulak berapa harga. Hari tu our Tourist Guide (Pak Ngurah) bawak pergi satu kedai TELCO ni, we all beli dengan harga yang agak murah la jugak. Boleh dapat internet terus. (Itu yang best dok upload gambar dekat FB tu hihi)

vi) Dekat sana SPA dia sangattt murah berbandi di Malaysia. Full body massage siap dengan mandi wap, convert ke duit Malaysia saya boleh dapat RM30.00 SAHAJA!. So aktiviti SPA adalah aktiviti WAJIB saya setiap hari sepanjang disana. Giler tak pergi hari-hari harga murah macam tu.

Okayla, ada masa saya sambung lagi ceritera pasal BALI ni. Sebab Bali antara tempat fave saya jugak la, Cuma Bali ni penduduk dia majoriti beragama HINDU. Dan mereka kuat mengamalkan agama mereka, sampai orang Islam disana tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar (pemerhatian saya sendiri dan maklumat dari hasil saya 'interview' tukang massage di spa dan penduduk2 di situ). So kita (Islam) di Malaysia ni kena bersyukur sangat-sangat.

Wassalam.
LOVE!

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here