WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Wednesday, September 21, 2016

#THROWBACK #LifeInTaiping


Assalamualaikum....

Sebenarnya dah lama tulis entry ni, tapi lupa nak publish, so jadi la entry ni masuk di tahun 2016. hahaha layan kan je la ye. (Jauh sgt throwback entry)

Ahhhhh Lega rasa nya....

Sebenarnya banyakkkk sangat perkara yang dah terjadi sepanjang bulan Ogos hingga lah bulan November 2014 ni. Sampaikan update pasal my birthday pun tak sempat nak up kt sini. Tahun 2014 ni takde Birthday celebration pun disebabkan on my birthday tu, saya sedang berkursus di Klang. :-)


One of birthday wishes.
Yang ni dari my lil girl Ibtisam dan Nour. Tq dear. 


Birthday wishes from Rahim. One of my group members of WIM Workshop

With Sue, Rahim and Faizal on my birthday 2014. WIM Workshop.
 
September - 2/9/14 -  Bermulanya hidup di Taiping. PTMC dapat project di Taiping so siapa lagi yang kena turun padang kalau bukan saya. Tp Alhamdulillah sebelum mula program tu, we all sempat ambik staff baru nama Ain.

Project ni akan berakhir pada bulan Disember. So dalam otak ingatkan boleh la focus je kt KL nanti, tapi rupa-rupanya tinggal angan-angan je la... Sebab PTMC kena buka branch pulak di Taiping. Life di Taiping seronokkkkkk sangat di awal-awal nya tu. Sebab nyaman, tenang, tak perlu sakit kepala dengan jam. Kesimpulan nya memang sangat tenang. Yela, nama nya pun orang panggil "Bandar Orang Pencen" kan Taiping tu.



 2/09/14 - Introduction Day
 2/09/14 - Lunch with Puan Jariyah (Director of Human Capital, NCIA) at Kelip-Kelip Kampung Dew (Mee Ketam Kak Jan)
 
02/11/14 -  Bergambar bersama Abg Zuk, En Najib dan En Mus Zoo berlatar belakang kan Bukit Larut (Maxwell Hill)
 
2/09/14 - Tea Time : Menikmati Laksa Telur Goreng+ Air Kelapa Lemon bersama my boss, Abg Zuk, En Najib dan Encik Mus ZOo.
 
 
2/09/14 : Sifu Bergabung - En Khairul, Abg Zuk, Encik Najib & Dik Wan.

Oktober - Projek disana berjalan lancar. So tugas ulang alik dari KL - Taiping - KL tu memang la tugasan hakiki saya bermula dari start program sampai tamat lah. Setiap hari Jumaat saya akan drive ke Taiping, hari Selasa drive balik KL dan kadang-kadang kalau perlu hadiri meeting disana, saya akan stay di sana selama berminggu-minggu tanpa balik ke KL.

Kehidupan disana berjalan lancar. Seronok dan nyaman. Di Taiping saya tinggal di Taiping Golf Resort. Mula kenal dengan ramai orang di Taiping dan mula kenal semua jalan-jalan di sekitar Taiping tu. Dari 1 projek, ke 1 projek kami merancang untuk program di Taiping dan Utara. Nampak gaya nya saya macam susah je nak balik duduk KL macam biasa. Walaupun rasa risau dan tidak yakin samada saya mampu atau tidak berjauhan dengan family dalam tempoh yang lama dan jarak yang jauh, tapi saya terus kuatkan hati dan semangat untuk terus berusaha. Siapa tau kan rezeki saya memang di Utara. :)

Penat lidah saya belajar bercakap bahasa utagha, berbelit-belit lidah ni mencuba. Tapi hasil nya, saya kena gelak dengan kawan-kawan disana. InsyaAllah, akan terus berusaha untuk belajar bahasa utagha dengan mereka.

November - Kehidupan makin busy dan menekan....terkejar-kejar. Mana nak pantau pergerakan kerja staff di KL, mana nak uruskan kerja di Taiping. Fuhhh memang amat menguji tahap kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Tapi nasib baik la My Big Boss sentiasa memahami, bila tiba datang nya angin kus-kus saya ni. Allah pun sentiasa memberikan saya kekuatan terutamanya dari segi kekuatan fizikal dan mental.

Bila semua staf balik KL dan kawan-kawan di Taiping ni busy, hati meronta-ronta nak balik KL. Di Taiping tak banyak perkara yang boleh dilakukan. Tambahan pulak, saya belum betul-betul biasa di sini, jadi bila perlu keluar kemana-mana bersendirian, hati sedikit risau tentang keselamatan. Biasanya di KL kalau tiba masa tidak sibuk, rumah family la tempat saya lepak atau isi masa lapang.

Rasanya hati ni belum betul-betul boleh terima kehidupan di Taiping. Hati sentiasa rindukan  KL dan KB :-)

Namun saya sangat-sangat bersyukur di 'campakkan' ke Taiping, ketika saya benar-benar perlukan ruang untuk masa bersendirian dan lari dari hiruk piruk kesibukan kota pada masa tu. Allah Maha Mengetahui, saya memerlukan tempat untuk saya mencari ketenangan. Taiping, sangat menenangkan dan mendamaikan hati saya.

Life in Taiping.....Banyak cerita yang akan dikongsi nanti. Makanan, orang nya, sejarah Taiping, kawan-kawan baru di Taiping dan lain-lain. Tapi cerita-cerita tu akan saya update di lain entri. Rugi rasanya jika saya tidak catatkan semua nya disini. Semua itu mungkin permulaan untuk satu kehidupan baru, atau mungkin akan menjadi salah satu kenangan dan pengalaman untuk mendewasa kan saya kelak.


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here