WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Saturday, March 14, 2009

Hari2 sepi ku...~ahaks~

~Salam~

Hari ni aku kesorangan kt rumah. ~lalala~ BOSAN amat.. My nephew Faris ada class. my sis Anggerek outstation. My love Mr Khairul ada assignment.. Huhu.. Bosannn..

Tadi dari pukul 11 am aku tidur sampai Zohor (tersedar bila dgr azan Zohor) pastu tidur balik ~period~ Pukul 2 lebih Mr Khairul call suruh bangun makan.. ~sbnrnya lagi sanggup tidur dari isi perut yg tak lapar nih~ Ermm dalam keadaan mamai aku bgn basuh muka pakai tudung pastu buka pintu.. uppss hari ni panas amat.. malas la nk bawa payung, urrmm msuk bilik, amik sunglass pakai, pastu g beli nasi kt depan umah.

Sume org tgk semacam jerk..Huh! Dah la pakai t-shir ngn seluar track + selipar getah kaler pink jerk tp pakai sunglass mcm nk g shoppin.. muka lak masam mencuka. tak payah nk ckp lar.... ~takde mood nk bermanis muka~ Sume org tgk aku dari atas sampai bawah.. Nape?? Salah ke aku pakai sunglass?? takkan nk pakai sunglass time aku berlawa-lawa je kot?? Ah! lantak la korang nk ckp aku ngigau ke apa, asal kan mata aku tak kena sinaran matahari yg tersangat terik tu. Nanti mood aku lagi teruk.

Sampai kt kedai mkn, makcik yg jual nasi tu tanya aku "adik, nak pergi mana pakai spek cantik2 ni?? " haih, makcik nih mcm perli aku jerk nih.. aku jawab "kenapa makcik, saya cantik sgt ke skrg ni?" dah la aku takde mood..boleh dia tanya aku mcm tu??? nak bergurau pun tengok la mood org dulu... muka aku tu mcm cuka kot td... adoiii.. time2 macam ni mmg aku ngelat betol jumpa ngn org..... sure makcik tu ckp aku sengal and tak betol. (walau hakikatnya aku sgt la baik hati...)~wakaka~ urm nasib aku la kan........

Lepas tu aku terperuk je kt rumah sampai la malam.. XTVT sepanjang hari ni, baca mag, newspaper, on9 jerk.. Nak kemas rumah pun tak de mood. Mood hari ni hanya bermalas malasan jerk... Bosan duduk dalam bilik duduk kt meja ruang tamu. Bosan lagi, termenung kt pintu rumah, tgk budak2 main bola. Bosan jugak.. Huh! on9 lagi. YM, tak ramai kwn2 yg on9. Mcm nak keluar jumpa member2.. tp kalau keluar, mesti duit ku habis 'dikerjakan' aku. So, baik aku duduk je kt umah, termenung sesorg. Uhukss sadis tol la.

Sunyi sepi rumah ni skrg, dgr kipas je berpusing... nasib baik ada kipas, kalau tak lagi sunyi kot. Erm dengar lagu??? erm hari ni pun takde mood nak dgr lagu.. Dgr kipas berpusing lagi enak dari dgr lagu2 yg makin buat jiwa aku bertambah kacau. Aku tak nak ada anasir2 luar yg akan mengganggu ketenangan jiwa aku. Lagi baik dgr ayat kursi, tenang sikit jiwa nih. Haih.. ni la jadi nya kalau asyik fikir kan prob orang lain. Tapi nak buat macam mana, takkan la nak berkawan time senang je kan.. 'Kawan' kan mesti susah senang bersama.. ~ehe..~


"Ya Allah, ampunila dosa hamba2 Mu ini dan dekat kan la hati2 kami utk menyempurnakan segala suruhanMu. Ya Allah, berikan la ketenangan yg hakiki buat hamba2 Mu dalam menjalani hidup yg tak kekal ini.. Ya Allah, terima dan makbulkan la doa hambaMu ini yg sering lalai.. Ya Allah, buka kan la pintu hati hamba2 Mu ini utk sentiasa mengikut segala suruhanMu dan meniggalkan segala laranganMu. Jauhila kami dari hasutan syaitan.. Aminn"



2 comments:

ijechan said...

tgh2 free gini la kita nak bermalas-malasan~ =)

NedDy said...

ehe.. betul2... 2 weeks ago neddy sgt bz..

WHO VIEW ME.....

get this widget here