WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Monday, March 30, 2009

MOVIE...MOVIE...MOVIE...

BRIDE WAR



Movie ni mengisahkan dua org sahabat baik sejak kecil iaitu Liv dan Emma. Sejak kecil mereka telah merancang tentang majlis perkahwinan mereka kelak. Salah satu rancangan perkahwinan mereka adalah utk berkahwin di Plaza Hotel, New York pada 10 April ...... . Setelah mereka berumur 26 thn dan mereka telah benar2 bersedia utk berkahwin, mereka kembali teringatkan angan2 mereka sewaktu kecil. Suatu hari, mereka pergi ke Plaza Hotel utk perangcangan majlis perkhawinan mereka, tapi ada satu masalah timbul bila apabila pekerja di Plaza Hotel telah mendaftarkan mereka pada hari dan tarikh yang sama. (pendekkan cerita) Dari situ la bermulanya conflict antara dua sahabat baik ini.....

Okla, Neddy tgk citer ni dah lama, tapi tak sempat nk wat entry bout diz movie. Ok2.. citer ni mmg best. Tp Neddy harap kan cerita ni lebih Best sebenarnya. Ehe.. Ada sedikit kekurangan dalam citer ni. 1st, tak tau bila masa klimak citer ni. Lagi satu yg buat Neddy rs mcm tak puas hati tentang movie ni bila jalan cerita nya boleh di agak oleh penonton. OK, bila tgk separuh jalan cerita ni, kita mcm dh blh agak apa yg akan jadi di akhir jalan cerita ni. So, takde la seronoknya lagi kan.

Cuma, apa yg menarik dan memberi pengajaran dalam cerita ni adalah hubungan antara sahabat baik takkan dapat dijual beli walau dengan apa2 perkara sekali pun didunia ni. Paling penting, sikap tolak ansur dan tidak pentingkan diri sendiri. Byk nilai2 positif juga yg boleh kita contohi diantara Emma dan Liv dalam movie ni.
Juga hubungan antara Emma dan Liv dengan pasangan masing2. Kalau u all tgk, mmg byk perkara blh kita jd kan pengajaran. (Hubungan antara kekasih dan bakal suami/isteri) COntoh, walau pun pasangan tu nampak perfect, tapi tak semestinya reality hubungan mereka tu perfect sampai ke akhir. Mungkin, nampak je perfect tp hakikatnya mereka adalah pasangan paling bermasalah; dan tak semestinya bila kita nampak pasangan tu mcm tak sesuai, nampak mcm problem, tak serasi je diorg tu kan akan tetap mcm tu sampai bila2.. Ermm mungkin diorg la pasangan paling bahagia di dunia ni. Neddy syorkan u all tgk citer ni. Terutama nya kepada semua pasangan. Tak kira la yg blm kawin ke, bakal kawin ke or dah berkahwin.

** Hargai teman baik anda yg sentiasa di 'sisi' anda ; juga sayangi insan yg menyanyangi anda sepenuh hati nya.

***********************************************

CONFESSIONS OF A SHOPAHOLIC


~Dari Sebuah Novel Terlaris~



Movie ni mengisah kan seorang gadis yang bernama Rebecca Bloomwood (Becky), iaitu seorang jurnalis. Pekerjaannya menulis artikel tentang cara mengatur kewangan. Becky telah berjaya
menulis tentang cara mengatur kewangan sehingga mendapat perhatian ramai.

Namun hakikat hidup Becky sangat berbeza dgn apa yg ditulisnya.
Becky byk menghabiskan waktu luangnya dengan berbelanja. Malah mempunyai 12 keping kad kredit dan berbelanja sesuka hati nya, walaupun disaat Becky tiada pekerjaan.

Terapi belanja adalah jawapan untuk semua masalahnya. Namun hidup Becky tidak pernah tenteram kerana selalu dikejar oleh pemungut hutang. Becky tahu dia harus berhenti dari berbelanja melampau dgn menggunakan kad kredit, namun ia tidak dapat melakukannya. Dia telah mencuba bermacam2 cara utk menghilangkan tabiat buruknya itu, namun semuanya tidak berhasiil. Kerana, satu-satunya cara utk menenangkan hati Becky adalah membeli sesuatu untuk dirinya sendiri.

Dalam masa yg sama, Becky telah jatuh cinta. Namun kerana sikapnya yg suka berbelanja menyebabkan dia hampir kehilangan org yg dia cintai dan kwn baiknya sendiri....


Ok2.. Neddy tak nak komen byk2 bout CONFESSIONS OF A SHOPAHOLIC. Tp citer ni mmg best. Neddy mmg puas hati tgk citer nih. Semua rasa ada.. Happy, sedih , bangga, rasa bersalah yg melampau, falin' luv..... EHee.. yg paling penting, Neddy sama2 rasa happy n release tiap kali si Becky ni shopping , and dpt apa yg dia nak... haha.. ermm byk sgt2 pengajaran yg blh kita dpt dalam citer ni. Tp maybe juz utk shopaholic jer la. Upss oh nononoo. .. jg utk sesiapa yg ada kwn2 or couple yg jenis shopaholic nih.. Better u all bawa dorg tgk citer nih... Ehehe..

Moral : beli barang2 yg anda perlukan sahaja. Jangan buang duit utk beli barang2 yg anda sudah miliki. Try to mix n macth pakaian anda. Jgn guna kad kredit melebihi kemampuan anda.. (peringatan utk diri sendiri juga....hehe..)

Thanx to Mr Khairul n Yeen, coz belanja tgk movie nih. Ermm actly Neddy planning nk g karaoke kt The Curve dengan Mr Khairul, Barriyah (Adik) n Yeen, tp last minute Barriyah tak dapat join coz her childs cancel tido umah atok dorg. (hurmm.. anak2 mesti diutamakan..) So, Neddy, Yeen n Mr Khairul je la layan movie tu. Erm takpe la, nextime Adik blh join lagi kan... :) Tapi, kalau Barriyah ada, sure lagi meriah.. ~lalala~


Lot's of Love,
Neddy...

2 comments:

Nazra~ said...

Teringin nk nengok cita fast & furious ja skang ni ^_^

NedDy said...

ehe..citer tu pun best gak kan..
~juz baru tgk sinopsis~

WHO VIEW ME.....

get this widget here