WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Tuesday, May 5, 2009

Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam ( KLCIC)

Justify FullINFO....Info... InFo....

You all tau tak, hari ni adalah hari pelancaran Kuala Lumpur Capital Islamic Culture (KLCIC). Apa yg menarik lagi, Kuala Lumpur adalah satu daripada empat bandar raya utama dunia yang dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009.

Pelancaran ini juga telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan sambutan Kuala Lumpur-Kota Kebudayaan Islam 2009 (KLCIC 2009) di Muzium Kesenian Islam

FYI, pemilihan ini telah diputuskan dalam Persidangan Menteri-menteri Kebudayaan Islam 2006 di Libya, adalah berdasarkan lima kriteria utama iaitu memiliki status sejarah yang unik serta budaya yang kukuh, kemampuan membanggakan terhadap keupayaan universal dan Islam.

"Selain itu, bandar raya ini juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik, menjadi tumpuan kebudayaan, kesenian dan warisan aktif serta mempunyai kemampuan memelihara, memulihara sejarah dan warisan negara"

Ok, selain Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan juga telah dipilih sebagai bandar raya Islam bagi rantau Asia, Kairouan, Tunisia pula bagi rantau Arab dan N'Djamena, Chad bagi rantau Afrika.


"Sebagai kota kebudayaan Islam, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti yang bersifat pendidikan, saintifik dan berunsur kebudayaan berdasarkan kepada panduan oleh Isesco"

Sebanyak 227 aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Islam akan diadakan sepanjang tahun ini antaranya pameran berunsurkan Islam, penerbitan buku berkaitan warisan seni bina masjid dan surau, ceramah, persembahan kesenian dan siaran televisyen yang membincangkan isu berkaitan Islam.



1 comment:

Mohd Faisal said...

salam...awak hadir tak majlis tue? tak nampak pun. saya fisrt time masuk majlis tertutup macam nie. Nak tau lagi pasal majlis nie, nanti saya upload gambar di blog saya. Tunggu...loni duk bercuti ke melaka lepas balik kl.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

WHO VIEW ME.....

get this widget here