WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG....WELCOME TO NEDDY'S BLOG.... WELCOME TO NEDDY'S BLOGt

Saturday, May 30, 2009

Setiap hari adalah permulaan hidup yg baru.


Beberapa hari lepas aku pergi ke rumah baru Mr Khairul.. Pergi dgn dia n Ibu.
Mungkin rumah ni utk preparation dia utk hidup baruya....
Ktorg pergi hantar peti sejuk dan barang2 yg lain,
Mr Khairul akan mula tinggal di sana pada 3hb June(maybe)

Kebanyakan barang2 dirumah nya dibeli baru dan barang2 dari rumah ibunya.
Lagi pun Mr khairul hanya dua beradik, dan rumah adik semuanya sudah sedia lengkap.
Jadi Ibu minta Mr Khairul jgn beli barang2 yg mmg sudah ada,
Ibu berikan beberapa barang yg dibelinya dan belum pernah digunakan lagi,
utk elakkan dari membazir.
Lagi pun Mr Khairul satu2 nya anak Ibu yg belum kawen.
Adik dh ada 3 anak.

Semua benda dirumahnya dia minta pendapat dari ku,
semahu-mahunya dia mahu aku yg pilih konsep di rumah barunya.
Bagi aku, semuanya okey aja. Tidak terlalu cerewet.
Lagi pun bukan aku yg mau tinggal di situ nanti.
Aku hanya fikirkan keselesaan dia.
Semua barang hampir lengkap, tinggal lagi set bilik,
sofa dan coffee table yg sudah ditempah, yg belum dihantar.

Harap ni permulaan utk hidup kami.
Tak nak terlalu mengharap dgn harapan yg belum pasti.
Tapi dia ada menyatakan sesuatu pada aku
yg membuatkan hati ibunya terlalu gembira.
Biarlah aku simpan dahulu semuanya sampai satu masa
yg paling sesuai utk aku kongsi dgn semua.

Hanya doa mampu aku lafazkan kepada Yang Maha Esa,
moga2 perjalanan hidup ku ini lebih lancar.
moga2 perjalanan ini tidak terlalu byk liku2 nya.
moga2 juga aku mampu tempuhi segala dugaan yg telah tertulis buat ku.


No comments:

WHO VIEW ME.....

get this widget here